Pemain bola sepak skuad kebangsaan Vietnam, Nguyễn Văn Toản telah melancarkan tabung derma untuk sedikit sebanyak membantu memerangi penularan wabak COVID-19 di Vietnam.

Tabung yang dilancarkan pada 16 Mac 2020 yang lalu telah berjaya mengumpulkan dana sekitar VND126,230,322 atau RM24,070 dan akan disampaikan kepada jawatankuasa yang memantau penyakit Severe Acute Respiratory Infections (SARI) hari ini melalui Timbalan Perdana Menteri, Vu Duc Dam yang mengetuainya.

Inisiatif kemanusiaan yang diambil oleh Nguyễn Văn Toản yang dilahirkan pada 1996 itu telah menerima banyak maklum balas positif dari warganet Vietnam khususnya.

Beberapa lagi pemain lain turut serta memberikan sumbangan kepada tabung tersebut seperti Trần Đình Trọng, Nguyễn Duy Mạnh, Đỗ Hùng Dũng, Phạm Đức Huy dan Trần Văn Kiên.

Selain itu, ramai para pemain bola sepak mereka yang mempunyai pengaruh tinggi dalam komuniti di Vietnam memuat naik video serta infografik berkenaan cara pencegahan COVID-19 sebagai panduan kepada semua melalui pelbagai platform sosial media.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan utnuk anda sebagai rujukan.

Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

Ini 4 Bekas Pemain Buriram United Yang Sedang Beraksi Bersama Pasukan Dalam Liga Super Malaysia 2020

“Kenapa Team AMD Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ