Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang pemain bola sepak tempatan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan yang berusia 18 tahun.

Menurut laporan daripada Berita Harian, pemain yang berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan pada malam Ahad lalu selepas pihak Polis menerima laporan yang dibuat oleh mangsa.

“Dalam laporan dibuat, mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung berada di rumahnya sebuah kampung di Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada 12.30 tengah hari Ahad lalu.

“Mangsa mendakwa didatangi suspek (pemain bola sepak tempatan) yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

“Dia (mangsa) cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogol suspek,” kata Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Muhamad Zaki berkata, hasil siasatan dan temubual dijalankan, mangsa mengenali suspek yang juga pelanggan tetap kedai makan milik emaknya.

Katanya, mangsa juga mendakwa pernah menerima gambar dan mesej berbaur lucah melalui WhatsApp daripada suspek tahun lalu ketika masih bersekolah.

“Suspek ditangkap pada hari sama di Kampung Kijang, Jalan PCB. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

“Polis turut merampas baju dan seluar digunakan suspek semasa kejadian jenayah itu dilakukan. Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Steven Rodriguez Tak Sabar Sarung Jersi Sri Pahang

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Liga Super: Tok Gajah Nyaris Leburkan Rekod Tanpa Kalah JDT

Sabah Pasukan Pertama Tempah Tiket Ke Suku Akhir Piala FA 2022

Syihan Hazmi Nafi Baca Mantera Depan Pintu Gol

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group