Tindakan seorang pemain bola sepak tempatan melakukan provokasi terhadap anggota polis ketika sedang melakukan senaman di persekitaran rumahnya mengundang padah apabila didenda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut laporan daripada Sinar Harian, dalam kejadian yang berlaku di Kondominium Taman Bukit Indah, Ampang pada hari jumaat lalu, pemain tersebut, Ahmad Lutfi Azizul Rahman dikatakan mengeluarkan suara seperti tidak puas hati selepas diarahkan untuk berada di dalam rumah.

Pemain yang berusia 22 tahun itu bagaimanapun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Rahim. Beliau melakukan kesalahan itu pada jam 5.15 petang kemudiannya ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Ahmaf Lutfi merupakan pemain daripada sebuah kelab amatur tempatan yang beraksi dalam saingan Liga M3 atau Liga Sosial sekitar lembah klang.

Sebelum ini, seorang pemain bola sepak Kuala Lumpur antara 19 individu yang didenda RM900 oleh Mahkamah Alor Gajah pada hari selasa lepas selepas didapati bersalah melanggar PKP.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh berkumpul di depan jalan Felda Bukit Bulat, di sini, tanpa sebab munasabah sekitar jam 7.05 malam pada 27 Mac 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Persatuan Pemain Bola Sepak Professional Malaysia (PFAM), sebelum ini menyeru semua pemain yang beraksi dalam saingan Liga malaysia mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh badan pengendali liga, Malaysia Football League (MFL) susulan penularan wabak COVID-19.

Antara pematuhan yang perlu dilakukan adalah setiap pasukan tidak membuat sebarang sesi latihan, tidak mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dan pemain import tidak dibenarkan pulang ke negara masing-masing.

Baca artikel lain mengenai penularan wabak COVID-19 sehingga menjejaskan perjalanan Liga Malaysia musim ini.

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

Tiada Perlawanan Menyebabkan KAFA ‘Hilang’ RM100,000 Setiap Perlawanan, Pemain Mungkin Dipotong gaji

Penjaga Gol Sabah Ini Terpaksa Tangguhkan Majlis Perkahwinan Kerana Wabak COVID-19