Saingan musim 2019 belum melabuhkan tirainya tetapi bermacam-macam berita yang beredar mengenai pasukan Perak ketika ini. Bermula daripada pasukan mungkin tidak menggunakan khidmat pemain import bagi saingan musim 2020 dan baru-baru ini kontrak pemain sehingga saat ini masih belum disahkan oleh pihak pengurusan.

Apabila Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengumumkan mereka tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan 100% pemain tempatan musim hadapan, ramai pihak khususnya peminat sudah dapat menghidu bahawa persatuan tersebut sedang berdepan dengan masalah kewangan.

Pemain
Salah seorang pemain import Perak musim ini, Ronaldo. Sumber Gambar: Perak TBG

Peminat nyata kurang bersetuju dengan cadangan PAFA dimana berpendapat kehadiran pemain import mampu untuk meningkatkan peluang pasukan meraih kejayaan. Apabila PAFA mengumumkan mereka masih lagi belum memuktamadkan kontrak pemain bagi saingan musim hadapan, perkara tersebut nyata membangkitkan amarah peminat.

Tindakan PAFA ini dengan mudah menarik minat pasukan lain untuk menawarkan kontrak kepada mana-mana pemain Perak khususnya pemain bintang kerana situasi semasa jelas tidak berpihak kepada mereka. Lebih baik menerima tawaran awal yang datang daripada menunggu nasib yang tidak pasti.

Shahrel Fikri
Shahrel Fikri. Sumber Gambar: Perak TBG

Pemain seperti Brendan Gan, Shahrel Fikri Fauzi, Shahrul Saad, Nor Hakim Hassan dan Nazirul Naim sudah pasti bakal menjadi rebutan kerana keempat-empat ini menampilkan prestasi yang baik serta selalu dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Apa yang pasti, jika PAFA tidak mahu kehilangan pemain bintang pasukan, maka mereka perlu segera memuktamadkan kontrak pemain. Perkara ini sekaligus memudahkan kerja ketua jurulatih, Mehmet Durakovic untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Perak di sini:

Khalid Jamlus Mahu Shahrel Fikri Lupakan Seketika Masalah Perak, Tumpu Pada Harimau Malaya

Shahrel Fikri Tawar Hati Dengan Perak?