Seorang pemain kelab TRUE Bangkok United yang berusia 19 tahun, Chayathorn Tapsuvanavon disahkan menyertai pasukan FC Tokyo dengaan kontrak pinjaman selama 1 musim menurut laporan media bola sepak di Thailand.

Kelab TRUE Bangkok United dan FC Tokyo sudah beberapa tahun menjalinkan kerjasama atau merupakan affiliated club dan antara perkara yang menjadi fokus utama kerjasama ini adalah pembangunan pemain muda serta pertukaran kemahiran yang diperlukan untuk operasi kelab.

Musim 2019, Chayathorn Tapsuvanavon yang merupakan pemain utama skuad Bangkok United B, telah melakukan 3 penampilan bersama pasukan utama TRUE Bangkok United selain beliau juga pernah menyertai sesi latihan pendek bersama pasukan FC Tokyo kira-kira 2 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, Chayathorn Tapsuvanavon dijangka akan beraksi bersama skuad FC Tokyo U23 dalam saingan J3 League dan jika berjaya mempamerkan prestasi yang luar biasa, beliau boleh diturunkan dalam skuad utama FC Tokyo dalam J1 League.

Ketua jurulatih pasukan TRUE Bangkok United, Mano Polking dalam satu tweet berkenaan penyertaan pemain itu ke FC Tokyo menyatakan bahawa Chayathorn Tapsuvanavon memiliki bakat yang sangat besar, pemain yang bijak dan pada pendapat beliau pemain muda itu akan muncul sebagai pemain mempunyai peranan yang besar kepada kelab dan juga Thailand.

Saban tahun kelab TRUE Bangkok United dan FC Tokyo melakukan pertukaran pemain dan ini adalah antara faedah besar yang diperolehi bukan sahaja oleh pemain dan kelab tetapi juga kepada Thailand dan juga pihak-pihak yang terlibat diantara kedua-dua buah negara.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan .

Thai League 1 Merekodkan ‘Revenue’ Semasa Perlawanan Pertama Liga Musim 2020 Berjumlah RM731,750

FA Thailand Umumkan Hak Penyiaran Thai League Akan Dipegang Konsortium Syarikat Tempatan Dan Antarabangsa.

Kelab Thai League 1 Ini Tawarkan Pakej ‘Gila’ Pas Bermusim Dengan Harga Serendah RM79 Sahaja