Seorang pemain muda Thailand yang berusia 18 tahun, Tawan Kodsupho disahkan akan beraksi untuk skuad Cerezo Osaka selama 1 musim secara pinjaman.

Pemain yang sebelum ini bersama BG Pathum United FC itu merupakan salah seorang dari kumpulan pertama hasil pembangunan di Yamaoka Hanasaka Academy yang dibina di wilayah Pathumthani pada tahun 2013.

Akademi ini adalah hasil inisiatif dan kerjasama kelab BG Pathum United FC sendiri dengan sebuah konglomerat Jepun, Yanmar Group untuk membangunkan bakat-bakat muda pemain-pemain di Thailand umumnya.

Screenshot 2019-03-04 at 6.30.44 PM

Seperti yang semua telah sedia maklum, Yanmar Group bukan sahaja merupakan penaja utama skuad Cerezo Osaka ketika ini dan tetapi merupakan nama asal kelab ini semasa penubuhan pada 1957.

Dengan penyertaan Tawan Kodsupho bersama Cerezo Osaka ini juga bermakna dalam musim 2019, Thailand mempunyai 6 orang pemain yang beraksi dalam saingan JLeague iaitu;

  1. Chanathip Songkrasin – Hokkaido Consadole Sapporo
  2. Theerathon Bunmathan – Yokohama F Marinos
  3. Thitiphan Puangchan – Oita Trinita
  4. Tawan Kodsupho – Cerezo Osaka
  5. Nattawut Suksum – FC Tokyo
  6. Chakkit Laptrakul – Tokushima Vortis

Walaubagaimanapun, dari pemerhatian kami, Tawan Kodsupho akan diletakkan bersama skuad Cerezo Osaka U23 yang kini beraksi dalam saingan J3 League bagi memberikan lebih tumpuan serta fokus kepada pembangunan untuk beliau sepanjang 1 musim di Osaka.

3 tahun yang lalu Tawan Kodsupho pernah menyertai sesi latihan selama 1 minggu bersama skuad Cerezo Osaka dan ia merupakan pengalaman berharga untuk beliau sehingga dihantar sekali lagi musim 2019.

“Latihan di Jepun cukup keras dan mereka bermain dengan tempo yang lebih pantas berbanding Thailand. Pergerakan bola juga laju dan ini merupakan pengalaman yang berguna untuk saya.”