Nama pemain pertahanan tengah berketurunan Melayu ini mungkin tidak popular di Malaysia tetapi aksi beliau bersama Port FC dalam musim 2019 ini cukup menarik.

Dalam kedudukan semasa, Port FC kini berada dipuncak Liga Thailand, 5 mata mendahului pasukan Buriram United yang berada ditempat ketiga.

VocketFC berjaya menghubungi beliau hari ini untuk mendapatkan beberapa maklumat yang memungkinkan beliau menjadi calon pemain kacukan skuad bola sepak kebangsaan.

Yusef Elias Dolah, 26 tahun, dilahirkan di Lund, Sweden adalah pemain kacukan Melayu-Thai disebelah bapa dan Sweden disebelah ibunya. Kami difahamkan oleh beliau bahawa bapanya berasal dari Narathiwat dan berketurunan Melayu.

Beliau turut mengakui tidak mempunyai maklumat lanjut sekiranya bapa, datuk atau moyang adalah rakyat Malaysia ataupun tidak dan akan cuba mendapatkan maklumat itu dari bapanya dalam masa terdekat.

Elias Dolah juga memberitahu beliau pernah turun beraksi menentang pasukan Liga Super Malaysia pada tahun 2015 ketika bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dimana ketika itu beliau beraksi bersama Songkhla United.

https://www.instagram.com/p/02_VUBoNyj/?igshid=1teol3uuo0nan

Pada usia 26 tahun dan memiliki ketinggian 1.96 meter, jika beliau layak untuk muncul sebagai pemain kacukan Malaysia, mungkin boleh menjadi aset dibahagian pertahanan tengah bergandingan dengan bakat tempatan sedia ada.

Kemaskini 1, (21 Mei 2019): Elias Dolah telah mendapatkan pengesahan dari bapanya dan menyatakan bahawa datuk dan nenek bapanya (moyang Elias Dolah) berasal dari Kelantan.

Secara teknikalnya, Elias Dolah boleh beraksi untuk Malaysia menggunakan faktor ‘heritage’ dari moyangnya yang berasal dari Kelantan.

Menurut Elias lagi, hampir semua ahli keluarganya boleh bertutur bahasa Melayu dialek Kelantan termasuk beliau sendiri walaupun sedikit terhad.

Kemaskini 2, (21 Mei 2019): Apabila diajukan soalan jika beliau terbuka untuk perbincangan bagi menyarung jersi Harimau Malaya, Elias Dolah menyatakan tiada kesalahan untuk perkara itu untuknya.

Menurut beliau lagi, untuk mewakili Sweden adalah ‘quite a long shot’ dan ketika ini beliau masih belum dipanggil bersama skuad kebangsaan Thailand. Jadi, walaupun pasukan Thailand adalah keutamaan baginya tetapi beliau terbuka bagi sebarang perbincangan lanjut.

Kemaskini 3: Menurut artikel yang terkandung dalam FIFA Statues edisi 2018 Perkara 6 REGULATIONS GOVERNING THE APPLICATION OF THE STATUTES menyatakan bahawa;

Capture

Dalam perkara 6.1(c), hanya datuk atau nenek sahaja yang dipertimbangkan untuk membolehkan seseorang pemain itu boleh beraksi. Tiada dokumen FIFA yang menyatakan samada status moyang boleh diambil kira untuk proses ini.

Artikel lain yang padu mengenai bola sepak Thailand untuk dibaca.

Elias Dolah Berada Dalam Radar Skuad Kebangsaan Thailand

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Hassan Sunny: Liga Thailand Destinasi Impian Pemain Asia Tenggara