Pemain skuad kebangsaan yang beraksi di luar negara perlu menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 tatkala rakan sepasukan yang lain sudahpun menerima dos pertama baru-baru ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menegaskan pihaknya sedang berusaha untuk memastikan mereka juga mendapat suntikan vaksin sebelum berlepas ke Dubai Jun ini bagi mengharungi baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Vaksin
Sumber Gambar: FAM

“Kita akan berusaha sekeras yang mungkin dan kita akan lihat dari pelbagai segi sebab pelaksanaan di sesebuah negara berbeza.

“Sebab urusan vaksin bukan daripada pasukan, jadi mungkin seminggu dua lagi kita akan dapat status semasa yang saya boleh beri malumat lebih sikit tetapi untuk pengetahun semua perbincangan sedang berjalan.

“Sama juga dengan permintaan dari negara lain untuk pemain kebangsaan yang bermain dalam liga kita, tapi pada masa ini kita hanya boleh menunaikan daripada Harimau Malaya saja,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Vaksin

Antara pemain yang mungkin akan mendapat suntikan vaksin ialah Luqman Hakim (KV Kortrijk), Liridon Krasniqi )Newcastle Jets) dan dua pemain yang bermain di Thailand iaitu Dominic Tan (Police Tero) serta Junior Eldstal (Chonburi FC).

Seramai 38 pemain dan pegawai Pasukan telah menerima suntikan vaksin dos pertama pada semalam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kuala Lumpur City FC Bakal Diheret Ke FIFA

Tan Cheng Hoe Mahu Panggil Muka Baharu Sertai Kem Latihan Pusat

Arif Aiman Bakal Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya