Pertelingkahan antara Ljuba Baranin dan pengurusan kelab Liga M3, Batu Dua FC memasuki babak baru apabila Ljuba membuat satu lagi pendedahan menerusi laman media sosial miliknya dimana beliau menunjukkan wajah individu-individu yang bertanggungjawab dalam isu tunggakan gaji kelab tersebut.

Menurut Baranin, tujuan beliau membuat satu lagi pendedahan semalam ialah untuk menyelamatkan bola sepak Malaysia dan memastikan tiada siapa yang akan menjadi mangsa kepada scammers yang disifatkan sebagai “syaitan bertopengkan manusia”.

https://www.instagram.com/p/BzFrPwZgHK2/?igshid=12o5gphivjq0y

Dalam video dan juga gambar yang dimuatnaik oleh Baranin, jelas pemilik Batu Dua FC yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Mohammad Hazarul Ifdaz berserta orang kanannya yang dikenali sebagai Alif dan si bodoh yang kuat membodek sedang mengira dan memegang sejumlah wang yang banyak.

Menurut Ljuba, wang tersebut kononnya digunakan untuk membayar gaji pemain dimana pengurusan telah berjanji akan memasukkan RM2000 ke dalam akaun pemain. Namun, sejumlah wang yang dipegang nyata hanya lakonan semata-mata dimana dua individu terbabit menggunakan alasan tidak mahu memasukkan wang ke dalam akaun pemain kerana isu tunggakan gaji yang dialami pasukan telah tersebar di laman media sosial.

Baranin Sign

Selain itu, Baranin turut diugut untuk menandatangani surat pelepasan dan dipaksa menerima wang sebanyak RM11,5000 untuk beliau pulang ke Serbia. Jika enggan berbuat demikian, maka rakan sepasukan Ljuba akan menerima akibatnya.

Apa yang pasti, Ljuba berserta rakan sepasukan di Batu Dua FC harus membuat laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memastikan individu yang terlibat dikenakan hukuman sekaligus tidak menjadi parasit dalam saingan Liga Malaysia.

Tindakan perlu diambil kerana bukan sahaja pemain Batu Dua yang menjadi mangsa kepada scammers malah sebelum ini pemain daripada Terengganu City FC dan Hanelang FC turut menjadi mangsa apabila tidak dibayar gaji.