Skuad B-20 Tahun negara yang bakal beraksi dalam saingan kelayakan AFc B-23 Tahun pada Oktober ini bakal diperkuatkan oleh pemain yang beraksi bersama salah sebuah kelab divisyen lima liga bola sepak Jerman.

Menurut laporan Harian Metro, pemain yang dimaksudkan ialah Annil Vigeswaran yang beraksi di posisi pertahanan bersama SGV Freiburg.

Ketua jurulatih, Brad Maloney berkata Annil merupakan salah satu pemain yang akan dipanggil menyertai latihan pusat pada September dan Oktober ini sekaligus diuji sama ada mampu untuk beraksi bersama pasukan negara atau sebaliknya.

Menurut Brad, meskipun beraksi di Jerman, namun tiada laluan mudah bagi pemain muda itu dan kualiti serta kemampuan beliau akan dinilai pada sesi latihan pusat nanti.

Satu lagi pemain yang mungkin dipanggil ialah Muhammad Diniz Irwan yang beraksi bersama Eddersheim FC dimana kelab itu turut bersaing dalam divisyen kelima liga bola sepak Jerman.

Dini dipanggil pada latihan pusat bagi menghadapi saingan kelayakan AFC B-19 Julai tahun lalu. Namun saingan terpaksa dibatalkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuae B-20 Tahun negara di sini:

FAM Hantar Skuad Bawah 20 Tahun Hadapi Kelayakan Piala Asia B-23 Di Mongolia

Kelayakan AFC B-23: 8 Pemain Yang Boleh Dipanggil Sertai Skuad B-20 Tahun

Adam Hamid Dan Omar Raiyan Berada Dalam Radar Skuad B-20 Tahun Negara