Baru-baru ini penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim sah bergelar pemain kelab Jupiler Pro League Belgium, KV Kortrijk dimana pemain itu menandatangani kontrak selama lima tahun.

Perkara ini sekaligus menjadikan Luqman antara beberapa pemain Asia Tenggara yang berjaya mengikat kontrak bersama kelab Belgium.

Di sini kami senaraikan pemain Asia Tenggara lain yang sudah terlebih dahulu beraksi di Belgium.

1. Nguyen Cong Phuong (Sint-Truidense)

Pemain Asia Tenggara
Nguyen Cong Phuong

Nguyen Cong Phuong menyertai Truidense pada pertengahan tahun 2019 setelah sebelumnya beraksi bersama Incheon United di saingan Liga Korea.

Namun, Cong Phuong tidak bertahan lama apabila awal tahun ini beliau dilepaskan dan kemudiannya menyertai Ho Chi Minh City FC.

2. Kawin Thamsatchanan (OH Leuven)

Pemain Asia Tenggara
Kawin Thamsatchanan

Kawin menyertai Leuven pada awal tahun 2018 daripada Muangthong United. Setelah beraksi selama dua musim bersama pasukan itu, Kawin menyertai Chanathip Songkrasin di Consadole Sapporo secara pinjaman sehingga hujung musim ini.

3. Johan Dion Cools (Club Brugge)

Pemain Asia Tenggara
Sumber Gambar: IB

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium ini beraksi bersama Club Brugge sejak 2015 lalu. Cools kemudiannya memutuskan untuk berhijrah ke Denmark dengan menyertai FC Midtjylland setelah tidak lagi menjadi pilihan utama.

4. Luqman Hakim (KV Kortrijk)

Pemain Asia Tenggara
Luqman Hakim

Seperti yang kita sedia maklum, Luqman telah sah menyertai KV Kortrijk dan menandatangani kontrak selama lima tahun. Luqman dijangka terbang ke Belgium setelah proses dokumentasi beliau selesai.

Baca artikel lain mengenai pemain Asia Tenggara di sini:

“Pengurusan Kelab Tidak Menyokong, Tetapi Saya Mahu Beri Peluang Kepada Luqman”

Chanathip Cipta Sejarah Di J. League, Jadi Pemain Thailand Pertama Dilantik Ketua Pasukan

Doan Van Hau: Vietnam Mampu Cipta Kejutan Di Kelayakan Piala Dunia