Pemain dari rantau Asia Tenggara sebelum ini jarang mendapat tempat dalam saingan liga utama di Asia terutamanya dalam saingan J. League.

Namun, sejak empat musim kebelakangan ini, perkara tersebut berubah dimana pemain Asean seperti Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan diberikan peluang untuk tampil di pentas tertinggi sekaligus menjadi watak utama beberapa kelab dalam saingan J. League.

Di sini, kami senaraikan pemain Asia Tenggara lain yang dilihat mampu mengikut jejak langkah pemain seperti Chanathip dan Theerathon.

1. Safawi Rasid

Asia Tenggara
Sumber Gambar: JST

Safawi merupakan pemain terbaik yang dimiliki Malaysia ketika ini. Beliau sentiasa menjadi pemain penting bagi Johor Darul Ta’zim dan juga skuad kebangsaan. Selain itu, Safawi mempunyai pengalaman beraksi di ACL yang akan memudahkan beliau untuk menyesuaikan diri di J. League.

2. Nguyen Quang Hai

Asia Tenggara
Nguyen Quang Hai

Quang Hai memainkan peranan penting ketika Vietnam memenangi Piala AFF Suzuki 2018 dan pingat emas Sukan SEA 2019. Baru-baru ini, wakil J. League iaitu Kei Koyama berpendapat Quang Hai mampu menyinar sekiranya beraksi di Jepun.

3. Supachok Sarachat

Asia Tenggara
Sumber Gambar: Buriram United

Supachok merupakan salah satu pemain sayap terbaik Thailand ketika ini. Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini menyuarakan hasrat untuk mengikut jejak langkah Chanathip dengan beraksi di J. League.

4. Osvaldo Haay

Asia Tenggara
Penyerang Timnas Indonesia U-22, Osvaldo Haay. (Foto: PSSI).

Osvaldo merupakan penyerang muda terbaik yang dimiliki Indonesia saat ini. Beliau membantu skuad Garuda B-22 tahun memenangi AFF B-22 Tahun pada 2019 selain menjadi penjaring terbanyak temasya Sukan SEA 2019. Osvaldo boleh diberikan peluang untuk beraksi di saingan J2 seperti Hadi Fayyadh bagi menimba pengalaman.

5. Suphanat Mueanta

Asia Tenggara
Suphanat Mueanta bersama skuad kebangsaan Thailand.

Jika Supachok merupakan pemain sayap terbaik Thailand, maka Suphanat pula ialah penyerang muda yang sedang meningkat naik di negara itu. Suphanat pernah mencatat rekod sebagai penjaring termuda dalam saingan AFC Champions League pada 2019 lalu ketika beliau berusia 15 tahun dan 9 bulan.

6. Nor Azam Azih

Asia Tenggara
Sumber Gambar: Pahang FA

Di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, Azam sentiasa menjadi pilihan untuk mengisi bahagian tengah pasukan negara. Sama seperti Osvaldo, Nor Azam dilihat mampu beraksi dalam saingan J2 bagi menimba pengalaman.

7. Egy Maulana Vikri

Asia Tenggara
Egy Maulana Vikri. (Foto: Trojmiasto).

Egy merupakan salah satu pemain Indonesia yang beraksi di Eropah, tepatnya bersama Lechia GdaƄsk dalam saingan Liga Poland. Namun, pemain berusia 19 tahun itu banyak beraksi bersama skuad pembangunan dan belum membuat penampilan bersama pasukan utama.

Jika Egy memilih untuk kembali ke Asia, maka saingan J. League dilihat sebagai destinasi yang sesuai bagi beliau.

Baca artikel lain mengenai berita bola sepak Asia Tenggara di sini:

Lihat Keadaan Padang Stadium Mitr Phol Yang ‘Menggiurkan’ Ini, Siap Siaga ‘Menyambut’ Pembeli Barangan Rasmi Kelab

Chiangrai United Tolak Bidaan Sebanyak RM7.4 Juta Dari Muangthong United Untuk Dapatkan Ekanit Panya

Tak Mahu Kalah Lagi, Ketum PSSI Arah Skuad Garuda Mulakan Latihan Lebih Awal