Perpindahan keluar pemain-pemain dari negara-negara ASEAN tidak semeriah apa yang berlaku seperti negara Jepun atau Korea Selatan, namun ada juga perpindahan yang boleh dikatakan mencuri tumpuan ramai peminat bola sepak dirantau ini.

Dengan perpindahan Nguyen Cong Phuong yang akan bersama kelab divisyen 1 Belgium (Jupiler PRO League), Sint-Truiden VV menjadikan beliau sebagai pemain dari Asia Tenggara yang ke-3 beraksi dalam saingan liga bola sepak profesional Belgium.

  1. Kawin Thamsatchanan (OH Leuven)

pemain asia tenggara

Penjaga gol utama pasukan kebangsaan Thailand ini menyertai pasukan OH Leuven secara rasmi pada 10 Januari 2018 dengan kontrak selama 5 tahun.

Kawin Thamsatchanan merupakan salah seorang dari tunjang utama kekuatan pasukan SCG Muangthong United bersama-sama Chanathip Songkrasin, Theeraton Bunmathan dan Teerasil Dangda sebelum mereka berhijrah keluar dari pasukan itu.

Kini pasukan OH Leuven beraksi dalam saingan Proximus League atau Liga Bola Sepak Divisyen B Belgium.

2. Nguyen Cong Phuong (Sint-Truiden VV)

pemain asia tenggara

Pemain regular dalam skuad kebangsaan Vietnam ini pernah menyarung jersi beberapa buah kelab luar seperti Mito Hollyhock di Jepun serta Incheon United di Korea Selatan secara pinjaman.

Kini beliau beraksi bersama Sint-Truiden VV juga secara pinjaman selama 1 musim dan menjadikan beliau sebagai pemain Vietnam kedua beraksi di eropah selepas Le Cong Vinh melakukannya ketika beraksi di Portugal bersama Leixões Sport Club kira-kira 10 tahun lalu.

3. Firza Andika (AFC Tubize)

pemain asia tenggara

Bekas pemain PSMS Medan ini pada asalnya telah menandatangani kontrak bersama skuad Ayam Kinantan itu pada bulan Januari 2018.

Namun sekitar bulan November 2018, Firza Andika telah menghadiri sesi percubaan bersama dua buah kelab dari Belgium iaitu AFC Tubize dan Union Deportiva Alzira, sebuah kelab dari Sepanyol.

Firza Andika pada Januari 2019 telah ditawarkan kontrak bersama AFC Tubize selama 2 musim dan menyertai pasukan itu selepas tamat kejohanan AFF U22 Championship yang diadakan di Kemboja.

Inilah senarai 3 pemain dari Asia Tenggara yang kini sedang ‘merumput’ dalam liga bola sepak profesional Belgium samada secara pinjaman atau kontrak penuh.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai pemain-pemain terutamanya dari rantau Asia Tenggara yang sedang beraksi di eropah, sila maklumkan kepada kami dengan segera.