J.League mungkin dianggap oleh sesetengah peminat bola sepak, bukan sebagai sebuah liga yang popular dan perlu diakui bahawa ramai peminat bola sepak Malaysia yang tidak tahu berkenaan J.League disebabkan halangan bahasa terutamanya.

25 tahun selepas penubuhan sebuah liga bola sepak profesional di Jepun ini, mereka telah menyaksikan pelbagai kejayaan hasil dari usaha yang dilakukan untuk menaikkan taraf bola sepak mereka hasil kerjasama yang kuat bersama komuniti, kelab, pemain dan persatuan.

Sejak beberapa tahun lalu, J.League telah melihat ASEAN adalah destinasi paling efektif untuk mereka memperluaskan ‘penguasaan’ mereka dan pelbagai aktiviti telah diatur untuk melihat sejauh mana keberkesanannya.

Kini, mereka telah yakin dengan keputusan kajian dilakukan, J.League melancarkan satu program baru yang diberi nama J.League Nations Partner dimana sehingga sekarang majoritinya adalah dari negara-negara ASEAN.

Musim 2018 ini, kita dapat saksikan Thailand muncul sebagai negara paling ramai menghantar pemain mereka beraksi dalam saingan J.League dan semua pemain itu bukanlah dari skuad senior tetapi juga dari pemain skuad bawah umur mereka.

Vocket FC menyenaraikan pemain-pemain yang pernah mengikat kontrak bersama kelab bola sepak Jepun dalam era J.League samada secara pinjaman atau kontrak penuh.

1) Kemboja

Chan Vathanaka – Fujieda MYFC

Chan-Vathanaka

Menandatangani kontrak secara pinjaman dengan kelab J3 League, Fujieda MYFC selama 1 musim pada awal 2017.

Beliau membuat hanya 1 penampilan selama 3 minit pada perlawanan ke 28 J3 League ketika bertemu Sagamihara FC, masuk menggantikan Kohei Kitagawa pada minit ke 87.

2) Indonesia

Irfan Bachdim – Ventforet Kofu & Consadole Sapporo

20122016_irfan-bachdim_20161220_165152Pemain dari Indonesia ini berjaya mengikat kontrak profesional bersama kelab J1 League, Ventforet Kofu selama 1 musim. Bersama kelab yang berpangkalan di Yamanashi itu, Irfan bagaimanaoun tidak membuat sebarang penampilan dalam saingan J1 League 2014.

Tahun 2015, Irfan berhijrah ke Consadole Sapporo dan pada musim pertamanya, beliau berjaya beraksi dalam 6 penampilan dengan 95 minit masa bermain. Debut J2 League 3 Mei 2015 berteu Jubilo Iwata. Subs pada minit 82 menggantikan Nildo.

Dalam musim kedua beliau di Sapporo, Irfan hanya mampu beraksi dalam 1 perlawanan dengan 2 minit masa bermain.

 

Stefano Lilipaly – Consadole Sapporo

stefano-lilipaly-consadole-sapporo-640×392Pemain ini menyertai Consadole Sapporo pada 2014 dari kelab Belanda Almere City ketika perlawanan J2 League telah pun bermula 3 perlawanan.

Mengikut rekod rasmi J.League, Stefano Lilipaly tidak pernah diturunkan dalam perlawanan liga J2 League pada 2014 dan hanya tersenarai dibangku simpanan sebanyak 4 kali.

3) Vietnam

Le Cong Vinh – Consadole Sapporo

201710260009-spnavi_2017102600033_view
Lagenda penyerang dari Vietnam ini menyertai kelab dari Sapporo ketika perlawanan sudah dilangsungkan sebanyak 27 perlawanan. Hadir sebagai pemain pinjaman separuh musim dari kelab Vietnam Song Lam Nghe An, Le Cong Vinh berjaya muncul dalam 9 perlawanan mengumpul 377 minit permainan dan menjaringkan 2 gol.

Debut beliau bersama Consadole Sapporo hadir pada perlawanan bertemu Ehime FC menggantikan Yoshihiro Uchimura pada minit ke 5 permainan. Gol pertama Le Cong Vinh dalam saingan J2 League berjaya dijaringkan ketika bertemu V Varen Nagasaki dalam perlawanan ke 34.

Nguyen Cong Phuong – Mito Hollyhock

pic_topics02Cong Phuong merupakan salah seorang pemain hasil dari program HAGL – Arsenal JMG Academy dan selepas itu dinaiikan ke pasukan utama HAGL, apabila kelab memulakan revolusi menggunakan pemain muda.

Beliau dipinjamkan ke sebuah kelab J2 League, Mito Hollyhock yang berpangkalan di Ibaraki dengan yuran pinjaman sebanyak USD100,000 selama 1 musim.

Bersama Mito, Cong Phuong berjaya membuat 5 penampilan mengumpul 80 minit masa bermain. Debut beliau untuk Mito Hollyhock muncul apabila diturunkan dalam perlawanan ke 12 bertemu Giravanz Kitakyushu, menggantikan Junya Hosokawa pada minit ke 87.

Nguyen Tuan Anh – Yokohama FC

14433130_1795652484048704_6295294211323243630_n_uxwz

Rakan kepada Cong Phuong dari skuad akademi hingga ke pasukan HAGL ini dipinjamkan kepada pasukan J2 League berpangkalan di Kanagawa iaitu Yokohama FC.

Berdasarkan rekod dalam saingan liga, beliau tidak pernah diturunkan dalam sebarang perlawanan dan hanya sekali tersenarai sebagai pemain simpanan ketika Yokohama FC bertemu FC Machida Zelvia.

4) Filipina

Jefferson Tabinas – Kawasaki Frontale

mem_26_p01

Bekas pemain skuad Sekolah Tinggi Tokogakuen di bandar Kawasaki lahir di Jepun – bapa berasal dari Ghana dan ibu dari Filipina. Ketika ini Jefferson masih memegang status warganegara Filipina walaupun ada berita dari Jepun mengatakan beliau sedang menguruskan permohonan penukaran menjadi warganegara Jepun.

Beliau sah menyertai kelab J1 League sebelum tamat sekolah tinggi apabila Kawasaki Frontale mengumumkan Jefferson secara rasmi pada 21 September 2016.

5) Thailand

Chanathip Songkrasin – Consadole Sapporo

Consadole Sapporo v Vegalta Sendai – J.League J1

Mula didaftarkan ketika perlawanan J2 League telah berlangsung 18 perlawanan, namun impak yang dibawa oleh pemain ini cukup hebat apabila tersenarai sebanyak 15 kali dalam kesebelasan utama dan hanya sekali masuk sebagai pemain gantian, mengumpul 1,301 minit masa bermain.

Aksi Chanathip juga telah berjaya mengelakkan Consadole Sapporo yang ketika itu bergelut zon penyingkiran ke J2 League.

Musim 2018, Chanathip juga bermula dalam kesebelasan utama ketika bertemu Sanfrecce Hiroshima dan beraksi selama 71 minit. Sehingga kini, beliau masih belum mencipta sebarang gol dalam mana-mana kejohanan di Jepun.

Jakkit Wachpirom – FC Tokyo U23

1aabe38e920e3c5ad24be131035019cc

Jakkit Wachpirom merupakan pemain Bangkok United sejak 2015 dan pernah dipinjamkan ke Chainat FC selama setengah musim pada pertengahan tahun 2016.

Hasil kerjasama Bangkok United dan juga FC Tokyo, Jakkit dihantar ke Jepun dan diberikan tempat dalam skuad FC Tokyo U23 yang beraksi dalam saingan J3 League.

Sepanjang musim 2017, Jakkit telah berjaya membuat 11 penampilan selama 695 minit dan menjaringkan 1 gol.

Sittichok Phaso -Kagoshima United

DBScdLkUQAATYUS

Produk dari akademi Chonburi FC ini telah dipinjamkan kepada beberapa pasukan dalam liga bola sepak Thailand seperti Sriracha FC dan Phan Thong FC pada 2014 dan 2015.

Kemudian, beliau dipinjamkan ke sebuah kelab J3 League, Kagoshima United selama 1 musimdan berakhir pada 31 Disember 2017.

Mengikut rekod, beliau merupakan pemain Thailand pertama beraksi dalam J.League selepas turun beraksi dalam perlawanan menentang Kataller Toyama pada 18 Mac 2017. Sepanjang beraksi untuk Kagoshima United, beliau telah membuat 5 penampilan dengan 100 minit masa bermain.

Teerasil Dangda – Sanfrecce Hiroshima

DWx0XbxU0AACdHO

Bekas penyerang utama skuad Muangthong United ini dilamar oleh Sanfrecce Hiroshima dengan kontrak pinjaman selama 1 musim. Ada juga desas-desus mengatakan beliau menyertai juara J1 League 2017 Kawasaki Frontale tetapi Sanfrecce Hiroshima lebih pantas melakukan tawaran kepadanya.

Debut bersama Sanfrecce Hiroshima dalam J1 League untuk Teerasil Dangda pada perlawanan pembukaan 2018 bertemu Hokkaid Consadole Sapporo, dimana beliau menentang pasukan rakan sepasukan ketika di Muangthong United, Chanathip Songkrasin.

Teerasil berjaya menjaringkat 1 gol seterusnya membawa 3 mata pertama untuk Sanfrecce Hiroshima dan media Jepun menggelarkan perkara ini sebagai ‘Dream Debut’.

Theerathon Bunmathan – Vissel Kobe

news_238373_10

Seorang lagi bekas pemain Muangthong United, Theerathon Bunmathan berjaya ‘tembus’ ke saingan J1 League musim 2018.

Vissel Kobe menjadi destinasi pemain pertahanan kiri Thailand ini, menyertai Podolski yang juga kapten pasukan, selepas banyak khabar angin beliau akan menyertai pasukan ini sejak Oktober 2017.

Debut Theerathon bersama Vissel Kobe dalam perlawanan bertemu Sagan Tosu dimana beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke 75. Paling mendapat perhatian adalah sepakan bebas beliau yang nyaris menghasilkan gol, memaksa penjaga gol Sagan Tosu, Shuichi Gonda.

Chaowat Veerachat – Cerezo Osaka U23

15055809_10154774401464974_4736340384185943843_n

Pemain muda Thailand ini dipinjamkan dari kelab Thai League 1, Bangkok Glass ke Cerezo Osaka U23 mulai musim 2018. Sepanjang musim 2017 yang lalu, beliau telah beraksi untuk Bangkok Glass lebih 20 kali dan menjaringkan 2 gol.

Bekas pemain skuad Buriram United yang berasal dari Chiang Mai ini juga telah beraksi bersama skuad kebangsaan Thailand dari skuad bawah 16 tahun sehingga berada dalam skuad U23 Thailand sejak tahun 2014.

Pasukan Cerezo Osaka U23 dalam saingan J3 League akan memulakan liga pada minggu pertama bulan Mac 2018.

6) Malaysia

Tam Sheang Tsung

m_27tam

Dilahirkan di Tokyo oleh keluarga yang berasal dari Melaka, Tam telah berjaya menyertai skuad Yokohama FC U15 pada usia 13 tahun selain Sagan Tosu, Mito Hollyhock dan juga Shanghau Shenhua.

Dalam aksi J.League pula, Tam telah bersama beberapa pasukan terkenal seperti Avispa Fukuoka, Kataller Toyama dan juga Gainare Tottori sebelum kembali ke Malaysia menyertai pasukan Melaka United, Kuala Lumpur dan terkini bersama skuad D’AR Wanderers.

Tiada penampilan direkodkan dalam saingan J.League sepanjang karier beliau di Jepun.