Skuad Pahang menerima suntikan semangat daripada pemain terkemuka dunia, Nicolas Pepe bagi menghadapi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2019 menentang Kedah pada 19 dan 26 Oktober ini.

Pemain termahal kelab Arsenal itu bergurau dengan rakannya yang juga merupakan pemain import Pahang, Dickson Nwakaeme di London lalu dipaksa mengucapkan slogan popular skuad tok gajah iaitu ‘Hogoh Pahang Hogoh’ menerusi paparan video di laman twitter.

Pepe atau dipanggil sebagai Pepito turut berucap dalam bahasa inggeris berharap skuad kendalian Dollah Salleh itu melakukan yang terbaik pada aksi separuh akhir Piala Malaysia nanti.

Nicolas Pepe bukanlah asing bagi peminat Liga Perdana Inggeris di Malaysia. Beliau menjadi pembelian termahal dalam sejarah The Gunners dengan nilai perpindahan £72 juta. Pepe juga merupakan pemain Afrika termahal ketika ini sebaris dengan Cedric Bakambu, Naby Keita dan Aubameyang.

Baca artikel menarik mengenai skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Malaysia melalui pautan di bawah. 

Gelaran Naib Juara Liga Super 2019 Jadi Milik Pahang

Pahang Pasukan Pertama Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2019

Dollah Puas Hati Pahang Teruskan Rentak Kemenangan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group