Baru sehari saingan AFC Champions League 2020 (ACL) zon asia barat kembali bersambung, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan 6 pemain daripada dua negara didapati positi wabak COVID-19 sejak tiba di lokasi pertandingan, Doha, Qatar.

Menurut kenyataan AFC, 5 pemain dari kelab Arab Saudi (Al Hilal) dan seorang pemain dari kelab Qatar (Al Duhai) dijangkiti wabak pandemik itu melalui keputusan ujian saringan yang dijalankan. Mereka kini sedang menjalani proses kuarantin dan diberi rawatan.

Lebih mengejutkan, beberapa pegawai dalam pasukan Al Hilal turut disyaki positif COVID-19 namun identiti 7 pegawai itu tidak didedahkan.

Malah, kelab UAE, Al Wahda membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan ACL musim ini kerana beberapa pemain mereka turut dijangkit wabak COVID-19.

Pegawai sukan UAE sebelum ini telah membuat permohonan rasmi kepada AFC untuk menagguhkan semua perlawanan namun permintaan mereka tidak dapat dipenuhi kerana semua pasukan sudah tiba di Doha sejak 4 hari lalu.

Disebabkan oleh kegagalan mereka hadir di lokasi pertandingan, AFC mengumumkan semua keputusan perlawanan mereka dalam kumpulan A sebelum ini dibatalkan dan tidak dikira. Kumpulan A kini hanya disertai oleh 3 pasukan iaitu Al Hilal, Esteghlal FC dan Al Sorta.

“Untuk mengelakkan sebarang keraguan, tidak ada mata atau gol dari pertandingan sebelumnya yang akan dipertimbangkan dalam menentukan kedudukan akhir pasukan dalam kumpulan,” kata kenyataan AFC.

3 perlawanan telah berlangsung sejak kelmarin. Semua pasukan daripada UAE, Arab Saudi, Iraq, Iran dan Uzbekistan akan berkampung di Doha sehingga 25 september 2020.

Sepanjang pertandingan berlangsung, semua pemain akan melalui beberapa ujian saringan untuk memastikan mereka benar-benar bebas daripada jangkitan wabak pandemik sebelum ke tempat perlawanan.

Sementara itu, perlawanan peringkat zon asia yang diadakan di Malaysia telah ditangguhkan ke 15 November hingga 13 Disember 2020.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Kelab Liga Indonesia Dilarang Guna Kapal Terbang, Perlu Naik Bas Lebih 10 Jam Ke Tempat Lawan

Lee Kang-in Pecah Rekod Juan Mata Sebagai Pemain Paling Muda Lakukan 2 Assist Untuk Valencia

Thai League Terima Teguran, Ada Penyokong Tidak Pakai “Face Mask” Dalam Stadium