Prospek pemain tengah masa depan kelab TRUE Bangkok United, Chayathorn Tapsuvanavona secara rasmi telah diumumkan akan menyertai kelab FC Tokyo dengan kontrak pinjaman selama 1 musim.

Chayathorn Tapsuvanavona yang kini baru mencapai usia 19 tahun, merupakan produk terbaru TRUE Bangkok United yang meneruskan legasi pertukaran pemain dan diantara kedua-dua buah kelab seperti mana yang telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.

Screenshot 2020-03-10 at 2.16.17 AM

Ini semua adalah hasil dari kerjasama atau pun usahasama yang dijalinkan oleh kedua-dua buah kelab untuk memajukan industri bola sepak secara profesional terutama di Thailand yang sentiasa meminta nasihat serta pandangan Jepun mengenai bola sepak.

Chayathorn Tapsuvanavona yang turut beraksi bertemu Selangor dalam kejohanan pra musim Asia Challenge Cup 2020 di Stadium Shah Alam itu dijangka akan turun beraksi dengan pasukan FC Tokyo U23 yang bertanding dalam saingan J3 League.

Ini adalah peluang yang cukup bagus diberikan kepada Chayathorn Tapsuvanavona yang dikatakan bakal mengemudi bahagian tengah pasukan TRUE Bangkok United dan telah mula mendapat kepercayaan ketua jurulatih mereka Alexandre Pölking.

Baca juga artikel lain berkaitan Thai League dan J.League yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thai League Senaraikan Top 5 Stadium Yang Mungkin Berbaloi Untuk Dikunjungi Di Thailand.

Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi

56,025 Penonton Hadir Ke Stadium Menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Jepun

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group