Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memanggil beberapa pemain muda bagi menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan bagi menghadapi baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Antara pemain muda yang dipanggil ialah pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah, penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim dan penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Penyenaraian ketiga-tiga pemain ini nyata mendapat sambutan yang baik dari semua pihak dimana rata-rata bersetuju kerana tiga pemain ini telah menampilkan prestasi yang memberangsangkan bersama kelab masing-masing setakat ini.

Rahadiazli beraksi dengan baik di pintu gol Terengganu dimana setakat ini skuad kendalian Nafuzi Zain itu mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Super.

Ramadhan pula berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Safawi ketika dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense musim lalu dimana beliau menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi sayap kanan JDT.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: JST

Untuk Luqman, tempoh enam bulan bersama Kortrijk akan dinilai oleh Tan Cheng Hoe sama ada pemain berusia 19 tahun itu sudah sedia untuk beraksi bersama skuad senior.

Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama sembilan hari di Johor Bahru, Johor bermula Isnin, 22 Mac 2021 hingga Selasa, 30 Mac 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Guilherme de Paula Tersenarai Dalam Kem Latihan Harimau Malaya, Tiada Liridon Krasniqi Kerana Isu Kuarantin

Kecederaan Tidak Serius, Safawi Tidak Sabar Kembali Beraksi

AFC Tetapkan Tarikh Baki Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022