Penyerang tinggi lampai Shandong Luneng, Graziano Pelle mengambil pendekatan berjaga-jaga dalam pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Menurut bekas penyerang Southampton ini, pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) amat penting bagi dirinya dan juga Shandong dan beliau bertekad untuk membawa kelab yang berpangkalan di provinsi Shandong itu.

Graziano Pelle

Sumber Gambar: CGTN

“Amat penting bukan saja kepada diri saya sebaliknya untuk kelab yang saya wakili. Saingan ACL adalah penting buat kelab Shandong Luneng FC dan sudah menjadi lumrah setiap pemain harus menyerlah bagi memastikan apa yang diidamkan berjaya digapai.

“Kami mahu pergi jauh. Tiada guna beraksi dalam saingan ACL jika kita tidak ada perancangan yang rapi. Kami harus sentiasa positif tidak kira dalam saingan ACL atau Chinese Super League. Yang pasti menentang JDT bakal menyaksikan pertembungan menarik memandangkan mereka juga mahu melakar kejutan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Graziano Pelle

Sumber Gambar: Goal.com

Shandong ketika ini berada di tangga kedua kumpulan E dibelakang Kashima Antlers dan mereka mahu meraih tiga mata penuh bagi memintas kelab J League itu. JDT pula berada di tangga tercorot dan mereka wajib menang bagi memperbaiki kedudukan dalam carta kumpulan sekaligus menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group