Bola sepak Malaysia kehilangan seorang pemain berbakat apabila Pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Muhammad Saiful Ezzudin Mustaffa disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sungai bersama rakan-rakannya.

Menurut laporan daripada Harian Metro, mayat pemain yang berusia 14 tahun itu telah ditemui dalam ban pasir di Kampung Sungai Limau, petang semalam.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan 11, Rahimi Ali berkata, mangsa ditemukan dalam tempoh 27 jam selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan kira-kira 10 kilometer (km) dari tempat dia dilaporkan mandi bersama empat rakan yang lain berdekatan Kampung Padang Temu, Batu 48, Bongor.

“Hujan lebat dan arus sungai deras dipercayai menyebabkan mangsa dihanyutkan kira-kira 10 km. Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Kelmarin media tempatan melaporkan, pelajar lelaki itu dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Ketil, berdekatan Kampung Padang Temu, Batu 48 Bongor.

Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.11 petang sebelum melancarkan operasi mencari dan menyelamat dalam hujan lebat.

Operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada waktu malam disebabkan faktor cuaca dan keadaan gelap sebelum disambung semula 8 pagi.

VOCKET FC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Muhammad Saiful Ezzudin dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

TMJ Beri Bantuan Kepada Perak FC Untuk Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain

Haikal Sahar Berazam Ledak Lebih Banyak Gol Dalam Liga Malaysia

Enggan Ambil Vaksin Punca Daniel Ting Tinggalkan KL City