Amnesty International meminta FIFA melakukan sesuatu. Ini apabil pekerja binaan stadium Piala Dunia di Qatar berdepan dengan tunggakan gaji selama 7 bulan.

Pertubuhan hak asasi manusia itu berkata, sekurang kurangnya 100 orang buruh binaan yang bekerja dengan syarikat Qatar Meta Coats (QMC), yang membina stadium Al Bayt bernilai $847 juta masih tidak mendapat gaji mereka.

Amnesty melaporkan tunggakan gaji itu sudah berlaku pada 2019 lagi. Dan keadaan menjadi lebih buruk apabila Qatar dalam lockdown kerana koronavirus.

Amnesty mengesahkan ada beberapa pekerja dibayar tunggakan gaji mereka selepas isu ini dibangkitkan sebelum ini. Namun masih ramai lagi yang tak menerima gaji mereka ataupun tidak menerima bayaran penuh.

Qatar sebelum ini dikecam kerana mengarahkan buruh asing mereka terus bekerja membina stadium di tengah wabak covid-19.

Salah seorang pekerja QMC yang bernama Daniel, mereka terus ditabur dengan janji manis.

“Kami dah diberikan lebih 50 janji. Mereka sentiasa berkata, minggu depan, minggu depan.”

“Daripada 50 janji menjadi 100 janji. Dan kesemuanya janji kosong. Tak rasa mereka akan membayar kami. Tak tahu sebab apa.”

qatarmigrantafp

Qatar sebelum ini berdepan dengan kecaman kerana dianggap telah melanggar hak asasi manusia dengan memaksa para pekerja untuk bekerja lebih masa.

Amnesty mengesahkan ramai pekerja yang bekerja dengan QMC kini sudah tamat tempoh permit bekerja. QMC tidak bertanggungjawab langsung.

Jika pekerja ini ditangkap pihak berkuasa, mereka akan ditahan dan dihantar pulang, tanpa mendapat gaji mereka.

QMC jelas melanggar peraturan kebajikan pekerja seperti yang ditetapkan kerajaan Qatar.

Sebelum ini kerajaan Qatar ada campur tangan dalam perkara ini. Namun tidak mampu menyelesaikan semua masalah yang ada. Hanya separuh yang diselesaikan.

Satu laporan terbaru menyatakan QMC kini digantung operasi sehingga mereka membayar gaji kesemua pekerja mereka.

Baca juga perkembangan lain:

Mustahil Untuk Ronaldo-Dybala Bermain Bersama

Herrera Ingatkan Pogba, Kalau Nak Ke Real Madrid, Dia Kena Konsisten

Klopp: Werner Dan Havertz Pemain Hebat