Polis siasatan kewangan Itali dilaporkan menggeledah pejabat Juventus untuk menyiasat beberapa dokumen berkaitan dengan perpindahan pemain.

Juventus disyaki melakukan penipuan maklumat berkenaan dengan perpindahan pemain dalam laporan baki akaun mereka.

Dalam kenyataan pada minggu lalu, pejabat pendakwaraya awam Turin mengesahkan bahawa mereka telah menyiasat butiran perpindahan pemain yang berlaku dalam 3 musim terakhir bemula 2019.

Siasatan juga mahu memastikan bahaw laporan tersebut tidak bercanggah dengan laporan kewangan mereka. Seterusnya terdapat laporan menyatakan bahawa laporan kewangan tersebut telah dimanipulasi untuk kepentingan kelab.

Juventus dituduh memberikan maklumat tidak terpat kepada para pelabur dan menulis butiran transaksi yang tidak wuju dalam invois mereka, tegas pendakwaraya itu lagi.

Menurut laporan media di Itali, enam pengarah kelab di dalam siasatan. Ini termasuk pengerusi, Andrea Agnelli, naib pengerusi yang juga bekas pemain Juventus iaitu Pavel Nedved. Bukan itu sahaja, bekas pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici yang kini berkhidmat di Spurs juga disiasat,

Pada Sabtu siasatan daripada polis juga memfokuskan kepada perpindahan Cristiano Ronaldo yang tiba di Juventus pada musim panas 2018 dan meninggalkan kelab itu untuk Manchester United pada Ogos 2021.

Terdapat beberapa maklumat yang tidak telus dalam laporan perpindahan Ronaldo.

Bermula bulan lalu lagi, FA Itali (FIGC) telah melancarkan siasatan ke atas beberapa siri perpindahan yang meragukan. Dengan majoriti daripadanya adalah melibatkan Juventus.

Juventus dikatakan bersekongkol dengan kelab penjual atau pembeli untuk mewujudkan inflasi pada hargha beberapa pemain bagi tujuan untuk mengaburi pihak berkuasa, kononnnya ia dapat mengimbangi baki akaun semasa mereka.

Oleh itu ada pemain yang dinyatakan secara berlebihan atau dikurangkan nilai mereka dalam laporan jual beli untuk kepentingan kelab,

Seterusnya, Juventus juga disyaki cuba mengaburi pihak berkuasa dengan melakukan perpindahan pemain secara pertukaran untuk memastikan bahawa akaun mereka positif.

Juventus antara kelab yang menanggung beban kewangan yang sangat tinggi selepas era covid.

Baca juga artikel

Manchester United Ikat Chelsea Di Stamford Bridge

Zidane Tak Suka Budaya Kerja PSG

TERKINI: Ralf Rangnick Capai Kesepakatan Jadi Pengurus Interim Manchester United