Selepas laporan mengenai MFL berkemungkinan tidak akan membenarkan pasukan Selangor menggunakan Stadium Shah Alam sebagai venue tuan rumah untuk saingan Liga Malaysia musim 2020 atas alasan keselamatan, telah membuatkan peminat bola sepak secara umumnya berkongsi pendapat mereka mengenai perkara itu dilaman sosial.

Kami tertarik dengan satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pegawai perundangan yang dikenali dengan nama Hazirah Kamal yang menjelaskan dari sudut undang-undang bahawa banyak pihak akan berdepan dengan masalah tuntutan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Screenshot 2020-02-09 at 12.24.36 PM

Menurut beliau, 3 pihak utama yang bakalberdepan dengan tindakan undang-undang adalah pihak pengurusan stadium, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan juga Malaysia Football League (MFL) sendiri.

https://twitter.com/hzrhkamal/status/1226332572940029954?s=20

Hazirah Kamal juga turut menjelaskan bahawa penyokong-penyokong yang hadir ke stadium mempunyai hak disisi undang-undang jika berlaku sesuatu kejadian yang disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan stadium atau ‘occupiers’.

Di Malaysia, beliau juga menyatakan tiada akta yang spesifik namun ia akan bergantung kepada ‘common law priciple‘ yang dikenali sebagai ‘Occupiers Liability‘.

Sekiranya berlaku, semua pihak seperti pihak pengurusan stadium iaitu Darul Ehsan Sdn Bhd, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan juga Malaysia Football League (MFL) boleh disaman di mahkamah.

https://twitter.com/hzrhkamal/status/1226332582104555521?s=20

Siapa Occupier ini sebenarnya? Hazirah Kamal juga memberikan penerangan mengenai siapa sebenarnya yang dinamakan sebagai Occupier iaitu mana-mana pihak yang mempunyai kawalan dan pemantauan terus keatas property, selain berkuasa untuk menentukan siapa dibenarkan keluar masuk.

Jadi, tak semestinya owner itu occupier.

Penyokong merupakan contractual entrants kerana mereka membayar untuk masuk ke dalam stadium. Kalau yang menceroboh pun, boleh saman, asalkan boleh buktikan it can happen to anyone. It’s tricky, but doable.

https://twitter.com/hzrhkamal/status/1226332585829126144?s=20

Mungkin ramai yang biasa melihat ada exclusion clause yang dicetak kecil dibahagian belakang tiket untuk mengelakan sebarang tanggungan, namun tidak semuanya sentiasa boleh digunapakai.

Mereka mempunyai tanggungjawab untuk memberikan amaran berkaitan keselamatan disesuatu tempat seperti contoh “Awas, lantai licin di tingkat 3”.

Sekiranya anda sebagai pengguna degil dan jatuh ditempat itu, maka pihak berkaitan sudah terlepas dari tanggungan, namun adakah mereka memberikan amaran atau maklumat keselamatan seperti “mungkin ada serpihan bumbung akan jatuh” atau tidak?

https://twitter.com/hzrhkamal/status/1226332589700444161?s=20

Apa yang lebih menarik sebenarnya mengenai perkara ini selain isu keselamatan adalah persoalan mengapa kira-kira 2 minggu sebelum tarikh sepak mula perkara ini dikeluarkan oleh pihak MFL. Banyak komen dan pendapat dari warganet yang melihat MFL cuba untuk menyusahkan pasukan Selangor.

Kita juga tahu bahawa isu Stadium Shah Alam ini bukanlah satu perkara baru dan sudah lama dibangkitkan sebenarnya. Jangan bila sudah ada yang ditimpa malang baru pihak berkenaan mula untuk memanjat naik memperbetulkan apa yang sudah terlambat.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Selangor Berdepan Risiko Tidak Dibenarkan Beraksi Di Stadium Shah Alam Atas Faktor Keselamatan

Semua Perlawanan Liga Super Dan Piala Malaysia LIVE, Pakej Tontonan Bermula Serendah RM3 Satu Perlawanan

MFL: Liga Bermula Lambat Kerana ECP, Tiada Sebab Lain

Sumber