Bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak penyerang import, Bruno Suzuki dan mahu mengambil khidmat pemain lain.

Perkara ini disahkan oleh Bruno sendiri dimana beliau memuat naik satu tweet di laman media sosial rasmi miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada Terengganu FC setelah dua musim beraksi bersama pasukan tersebut.

Bruno menyertai Terengganu pada musim 2018 setelah beraksi bersama Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana pada musim sebelumnya. Pemain berusia 29 tahun itu berjaya menjaringkan 11 gol dan membantu Negeri Sembilan menamatkan saingan di tangga kelima.

Bersama TFC, pemain berdarah kacukan Brazil-Jepun itu banyak bermain dengan feeder club iaitu Terengganu FC II namun beliau beberapa kali dipanggil bagi beraksi bersama pasukan utama.

PBSNT
Sumber Gambar: Twitter Bruno Suzuki

Bruno mengisi satu slot pemain import TFC sehingga April 2018 sebelum slot tersebut diisi oleh bekas pemain Kelantan, Do Dong-hyun. Bruno kemudiannya kembali ke pangkuan TFC II.

Setakat ini, PBSNT belum mengumumkan pengganti kepada Bruno dan mereka hanya mengekalkan seorang pemain import yang beraksi di bahagian tengah tengah, Dechi Marcel N’Guessan.

Bagi saingan musim 2020, TFC II dijangka mengketengahkan bakat-bakat muda daripada Terengganu FC III dan IV setelah pasukan pembangunan itu menampilkan prestasi yang memberangsangkan musim ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini:

Pemain Sayap Singapura, Faris Ramli Sah Sertai Terengganu FC

Terengganu FC Mula Buru Pemain Import Hadapi Musim 2020

Terengganu FC Lepaskan 12 Pemain Sebelum Hadapi Saingan Liga Malaysia Musim 2020