Isu Mohamadou Sumareh nampaknya telah memasuki episod baharu apabila Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang telah mengabaikan aduan rasmi badan induk itu.

Menurut kenyataan rasmi, PBNP mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa pemain naturalisasi itu namun FAM seolah-olah ingin melepas tangan dengan memberi alasan sedang menunggu keputusan daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

“PBNP telah membuat aduan kepada FAM namun pihak FAM tiada kecenderungan dan tidak menunjukkan minat untuk mencari penyelesaian kemelut ini.

“FAM hanya memberi alasan untuk menunggu tindakan dari FIFA terlebih dahulu dan ini tidak boleh diterima oleh pihak PBNP kerana tidak berasas. Pemain ini sebagaimana diketahui adalah seorang pemain tempatan dan kes ini melibatkan kawalan dan bidang kuasa FAM.

“Perkara ini juga telah disahkan oleh Setiausaha Agung AFC dalam satu kenyataan media beliau,” kata Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf.

120011563_3451808518213151_4963076723526491098_o

Sumareh yang masih mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga tahun 2022 mengambil tindakan untuk keluar tanpa hantar notis rasmi kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Namun PBNP menafikan dakwaan pemain itu tidak dibayar gaji kerana semua pemain dalam skuad tok gajah sentiasa dibayar setiap bulan walaupun dilanda wabak COVID-19.

“PBNP mempunyai asas yang kukuh serta dokumen-dokumen yang sah bagi membuktikan PBNP di pihak yang benar. Semua tuduhan yang dibuat oleh pemain tersebut adalah palsu, rekaan dan satu cubaan manipulasi oleh seorang pemain naturalisasi yang mendapat kerakyatan Malaysia.

“Atas alasan-alasan tersebut dan diatas nama kebenaran, maka PBNP berhak membentangkan kes dengan selayaknya,” kata kenyataan itu.

Selain itu, mereka juga sedia bawa kes Sumareh ke badan-badan lain untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya termasuk ke badan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

“PBNP percaya pihak FAM dapat memberi perhatian yang serisu dan segera terhadap perkara ini. Jika pihak FAM masih tidak menunjukkan minat untuk mengendalikan aduan ini, PBNP tidak teragak-agak untuk merujuk kes ini kepada lain-lain badan timbang tara atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan malah ke pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia,” tegasnya.

Baca artikel lain mengenai isu Sumareh melalui pautan dibawah.

TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan

Hukuman Terhadap Sumareh Bergantung Pada Keputusan FIFA

Video Ini Isyarat Jelas Mohamadou Sumareh Ke Police Tero FC ‘Done Deal’?

Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?