Pihak Jawatankuasa Tatatertib PBNP melalui pengerusinya En. Rizal bin Chek Hashim telah mengumumkan pertuduhan-pertuduhan dan keputusan hukuman keatas bekas pemain mereka Mohamadou Sumareh sebentar tadi.

Semua pertuduhan dan juga keputusan mengenai perkara tersebut boleh dibaca seperti dibawah;

Pertuduhan 1:
Melanggar Artikel 4.11 Kontrak Pemain & Artikel 61 Kod Tatatertib

Pertuduhan 2:
Melanggar Artikel 6.6 Kontrak Pemain dimana beliau telah merujuk perkara ini terus kepada FIFA melalui Dispute Resolution Chamber tanpa terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada NDRC FAM.

Pertuduhan 3:
Pemain ini juga telah melanggar artikel 5.1 kontrak pemain dimana beliau telah gagal untuk menghadirkan diri ke sesi latihan bersama pasukan bermula dari 3 Ogos sehingga 28 Ogos 2020.

Pertuduhan 4:
Pemain ini juga telah melanggar artikel 5.1 kontrak pemain dimana beliau telah gagal untuk menghadirkan diri pada perlawanan Liga Super pada 28 Ogos 2020 diantara Pahang menentang JDT di Kuantan.

Pertuduhan-pertuduhan ini telah dibuat dan telah melalui proses notice dan pendengaran seperti yang termaktub dalam peruntukan undang-undang Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang.

Pemain ini telah diberikan notis sebanyak 2 kali, bagi menjawab pertuduhan-pertuduhan tersebut dan juga telah diminta untuk menghadirkan diri untuk menjawab segala pertuduhan dimana hari ini beliau telah memilih untuk tidak hadir.

Setelah mendengar pertuduhan-pertuduhan dan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi yang telah dipanggil, jawatankuasa ini telah berpuas hati dan membuat keputusan berikut.

Keputusan Pertuduhan 1:
Beliau didapati bersalah melanggar kod tatatertib FAM, Artikel 4.11 Kontrak Pemain, dan Artikel 10.05 Perlembagaan PBNP 2004 iaitu beliau telah membuat kenyataan akhbar tanpa mendapat kebenaran dari PBNP.

Keputusan Pertuduhan 2:
Beliau didapati bersalah melanggar Artikel 6.6 Kontrak Pemain dimana beliau telah merujuk perkara terus kepada FIFA tanpa terlebih dahulu merujuk kepada NDRC FAM.

Keputusan Pertuduhan 3:
Beliau didapati bersalah melanggar Artikel 5.1 Kontrak Pemain dimana beliau telah gagal untuk menghadirkan diri ke sesi latihan bersama pasukan bermula 3 Ogos sehingga 28 Ogos 2020

Keputusan Pertuduhan 4:
Beliau didapati bersalah melanggar Artikel 5.1 Kontrak Pemain dimana beliau telah gagal untuk menghadirkan diri ke perlawanan Liga Super pada 28 Ogos 2020 diantara Pahang menentang JDT di Kuantan.

Hukuman Yang Dikenakan Kepada Mohamadou Sumareh

Berdasarkan perkara 6 Perlembagaan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) 2004 dan Kod Tatatertib FAM edisi 2015, jawatankuasa ini mengenakan hukuman seperti berikut.

Hukuman Kesalahan 1:
Hukuman 2 tahun penggantungan daripada mengambil bahagian dalam apa apa aktiviti dalam bola sepak.

Hukuman Kesalahan 2:
Hukuman 2 tahun penggantungan daripada mengambil bahagian dalam apa apa aktiviti dalam bola sepak.

Hukuman Kesalahan 3:
Hukuman 2 tahun penggantungan daripada mengambil bahagian dalam apa apa aktiviti dalam bola sepak.

Hukuman Kesalahan 4:
Hukuman 2 tahun penggantungan daripada mengambil bahagian dalam apa apa aktiviti dalam bola sepak.

Semua hukuman-hukuman ini akan berjalan serentak mulai hari ini. Keputusan ini juga akan dimaklumkan kepada FAM untuk dipanjangkan kepada pihak-pihak berkenaan.

Video sidang media boleh disaksikan dibawah.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Ketua Jurulatih Police Tero FC Jelaskan Faktor Kecergasan Punca Sumareh Tiada Dalam Senarai Pemain

TMJ Hanya Mahukan Yang Terbaik Di JDT, Padang Stadium Sultan Ibrahim Dalam Proses Pembaharuan Besar-Besaran

Debut Luqman Hakim Dalam Jupiler Pro League, 16 Minit Aksi Berharga Penyerang Muda Negara