Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) nyata kecewa dengan tindakan Mohamadou Sumareh yang menghilangkan diri sejak sebulan lalu sekaligus melabel pemain tersebut sebagai tidak mengenang budi.

Sumareh masih mempunyai kontrak bersama PBNP sehingga tahun 2022 dan perkara ini memaksa badan itu untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masa depan pemain naturalisasi pertama negara itu.

PBNP

KUANTAN, 10 Mac — Pemain Pahang Mohamadou Semareh (kiri) cuba melakukan percubaan ketika menentang Sabah pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Kedudukan semasa Pahang 2-0 Sabah.
— fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Secara teknikalnya, dia masih lagi pemain Pahang. Buat masa ini, segalanya terletak kepada Sumareh untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Tetapi kami akan mengambil tindakan atas tidak menghadiri latihan bersama pasukan,” kata Pengurus PBNP, Datuk Mohammed Suffian Awang menurut laporan Stadium Astro.

PBNP

Mohamadou Sumareh pemain naturalisasi pertama negara.

Sumareh tidak hadir sejak sesi latihan pertama pasukan setelah berehat selama lima bulan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Ramai yang beranggapan Sumareh akan berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menggantikan Safawi Rasid yang menerima tawaran dari kelab Portugal, Portimonense SC.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh dan perkembangan Liga Malaysia di sini:

Sumareh Sudah Tiada Hati Bersama Pasukan Pahang, Ini Pesan Pengurus Pasukan Untuk Penyokong Tok Gajah

Kehilangan Mohamadou Sumareh Cetus Tanda Tanya

Satiananthan Akui Jentera Serangan Selangor Tak Cukup Tajam

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group