FC Barcelona dan Guangzhou Evergrande telah mencapai persetujuan perpindahan pemain Paulinho Bezerra selama 1 musim secara pinjaman dengan pilihan untuk pembelian pada musim seterusnya.

Pemain tengah yang berusia 29 tahun itu menyertai FC Barcelona pada awal musim 2017/2018, dan sudah melakukan 49 penampilan dalam semua kejohanan dengan 9 jaringan gol serta memiliki kejuaraan La Liga serta Copa del Rey.

 

Guangzhou Evergrande mempunyai pilihan untuk membeli terus Paulinho pada jendela perpindahan musim panas akan datang, walaupun tiada sebarang nilai perpindahan dinyatakan, dijangkakan tidak akan kurang dari £36 juta yang di bayar FC Barcelona 11 bulan yang lalu.

“Tahap permainan dalam Super League sudah meningkat dari tahun ke tahun dan pembangunan prospek muda juga sangat baik”, kata Paulinho melalui laman web rasmi Guangzhou Evergrande.

“Selepas berlatih di Evergrande dan Barcelona, serta bersama skuad kebangsaan Brazil di Piala Dunia, saya mempunyai pengalaman yang bagus. Saya memilih untuk kembali ke Guangzhou kali ini dan mahu memberikan kejuaraan kepada mereka serta untuk semua penyokong.”

paulinho

Sumber