Selepas meninggalkan Turin kira-kira enam tahun lalu, Paul Pogba dilihat akan kembali semula ke bandaraya metropolitan tersebut selepas beliau disahkan mencapai persetujuan untuk menyarung jersi Juventus.

Perpindahan secara percuma dari Manchester United itu disahkan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano yang mengatakan perjanjian akan dimeterai kedua-dua belah pihak pada awal Julai nanti.

Seperti yang diketahui, Pogba meninggalkan Juventus untuk menyertai Manchester United pada musim 2016/17 sebagai rekod perpindahan termahal pada ketika itu dengan nilai £89.3 juta.

Kini kembalinya semula beliau ke Juventus tanpa sebarang bayaran selepas kontrak beliau tamat pada penghujung bulan ini. Satu keadaan yang serupa  [perpindahan percuma] ketika gergasi Serie A itu mula membawanya ke Allianz Stadium pada 27 Julai 2012.

Ketika fasa keduanya bersama Manchester United, Pogba telah membuat 226 penampilan dalam semua pertandingan dengan menjaringkan 39 gol serta mencipta 51 bantuan jaringan.

Kejayaan manis yang dilakarkan Pogba bersama The Red Devils adalah sewaktu muncul juara Liga Europa dan Piala Liga 2016/17 dimana ia merupakan musim pertama beliau kembali semula ke Old Trafford.

Fabrizio mendedahkan bahawa pengendali Manchester City, Pep Guardiola juga cuba memujuk Pogba untuk menyertai kelab bimbingannya tetapi hati pemenang Piala Dunia 2018 itu jelas lebih terpaut dengan Juventus.

Pogba sebelum ini mengejutkan dunia bola sepak dengan pendedahan beraninya di dokumentari khas mengenainya yang bertajuk ‘The Pogmentary’.

Antara perkara yang mencuri tumpuan ialah beliau menolak perjanjian besar berkaitan tawaran gajinya bernilai £300 seminggu dari Manchester United dan Paul Pogba mengibaratkan tawaran itu sebagai ‘tiada apa-apa’ kerana menganggap kelab tersebut tidak menepati janji mereka.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Zinedine Zidane Dedahkan Sebab Utama Tak Mahu Bimbing Man Utd

Pogba Anggap Tawaran £300,000 Seminggu Sebagai ‘Tiada Apa’

Piala AFC: Safee Sali Teringat Jaringan Menarik Ketika Bersama JDT Pada Tahun 2015