Pemain tengah berpengaruh, Paul Pogba optimis Manchester United mampu untuk mencapai kejayaan selepas menyaksikan kehadiran semula legenda kelab, Cristiano Ronaldo serta kedatangan Raphael Varane dan Jadon Sancho.

Susulan dengan itu, Pogba yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan mega ke kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain kelihatan cukup gembira untuk kekal bersama The Red Devils.

Malah, beliau tanpa berselindung turut menganggap United pada ketika ini memiliki skuad terhebat sepanjang menyarung jersi kelab tersebut dan merasakan terdapat peluang buat skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu untuk menjulang trofi kejuaraan.

“Manchester United sentiasa merupakan sebuah pasukan yang kuat tetapi kali ini jelas yang terkuat [sepanjang karier saya di sini],” ujar Pogba menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Sudah jelas dalam DNA kelab ini untuk memenangi trofi. Kami mempunyai sebuah pasukan hebat yang mampu untuk bergelar juara.”

“Kami tahu bagaimana sukarnya [memenangi kejuaraan], tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk menjulang trofi pada musim ini.”

“Sejujurnya, saya sangat gembira [bersama Manchester United], saya menikmati waktu saya. Liga Perdana Inggeris kembali, saya kembali bermain bola sepak selepas percutian yang menarik, jadi ianya sangat bagus,” tambah Paul Pogba lagi.

Pogba berada di prestasi terbaik pada permulaan saingan liga apabila beliau telah mencipta lima bantuan jaringan yang mana empat daripadanya hadir ketika aksi pembukaan menentang Leeds United di Old Trafford.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Yusri Che Lah Harap Kemenangan Sulung Tingkatkan Motivasi Anak Buah

Tidak Dapat Kelulusan MKN, Piala Presiden Dan Piala Belia Sah Dibatalkan

Real Tarik Diri Dari Mbappe Dan Sambar Camavinga Daripada Sertai PSG Hanya Dengan €30 Juta

 

 

 

Sumber