Paul Pogba buat laporan polis selepas dia diperas ugut sekumpulan gangster. Dan paling mengejutkan dalam laporan polisnya, Pogba menamakan abangnya Mathias Pogba sebagai antara yang terlibat dengan kumpulan lelaki bersenjata yang meminta €13 juta daripadanya.

Paul Pogba diketahui mempunyai dua adik beradik, Mathias dan Florentin Pogba. Kedua-duanya merupakan pemain bola sepak, sama seperti Pogba. Namun karier mereka tidaklah sehebat Pogba yang bermain dengan kelab elit seperti Man United, dan Juventus kemudian menjadi juara dunia bersama Perancis.

Pogba musim ini menyertai Juventus selepas menolak tawaran daripada Manchester United untuk melanjutkan kontraknya.

Sebelum ini, peminat sangat kagum dengan hubungan antara adik-beradik Pogba. Bagaimanapun, menerusi satu video instagram, Mathias membuat kenyataan kontroversi mengenai Paul Pogba.

Mathias membuat mesej ugutan kepada Paul Pogba. Bukan sahaja abangnya, Mathias turut mengheret dua lagi nama besar iaitu ejen Paul Pogba, Rafaela Pimenta, serta rakan sepasukan di skuad kebangsaan Perancis, Kylian Mbappe, turut disebutnya.

Mathias Pogba secara mengejutkan membuat dakwaan mengenai Paul Pogba. Dia mengaku akan mendedahkan apa sikap buru adiknya itu. Mathias merasakan bahawa Pogba tidak layak untuk menikmati segala-galanya jika sikapnya yang sebenar terbongkar.

“Seluruh dunia berhak mengetahui perkara tertentu, jadi orang ramai boleh memutuskan sama ada Paul Pogba layak dikagumi, dihormati dan layak mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan kebangsaan Perancis,” kata Mathias Pogba.

https://www.instagram.com/tv/ChxTsACDuD5/?utm_source=ig_web_copy_link

Mathias turut mengancam kerjaya Paul Pogba bersama Juventus. Bukan itu sahaja, Mathias turut mempersoalkan tentang Pogba yang menipu kerajaan Itali dengan menganggap Paul Pogba tak layak mendapat tajaan bernilai jutaan euro semusim kerana sikapnya.

Mathias turut menyatakan bahawa Pogba mahu menyihir Mbappe kerana cemburu dengan pemain itu. Mathias memberitahu bahawa dia akan mendedahkan hal sebenar tidak lama lagi tentang Paul Pogba.

Paul Pogba tidak berdiam diri berhubung ancaman dan ugutan daripada Mathias. Paul Pogba telah membuat kenyataan sebagai tindak balas terhadap ugutan daripada abangnya. Malah, Pogba dikatakan telah melaporkannya kepada polis.

“Kenyataan yang Mathias Pogba keluarkan baru-baru ini di media sosial malangnya tidak memeranjatkan. Ia dikeluarkan selepas pelbagai ancaman dan cubaan memeras ugut oleh kumpulan yang dilakukan terhadap Paul Pogba,” kata kenyataan Paul Pogba.

Pogba buat laporan polis

Tidak berdiam diri, maka Paul Pogba buat laporan polis. Salah satu tuduhan yang dibuat oleh Paul Pogba ialah cubaan memeras ugut 13 juta euro. Laporan itu dibuat kepada polis di Itali dan Perancis.

Paul Pogba malah memberitahu bahawa, ketika dia bercuti untuk meluangkan masa dengan keluarganya di Perancis, Pogba telah diheret oleh sekumpulan lelaki. 2 daripadanya menggunakan penutup muka dan bersenjatakan senapang.

Mereka dipercayai kawan kawan Pogba sejak dari kecil lagi. Mereka dengan marah menuduh Pogba sudah berubah sejak menjadi pemain profesional yang kaya raya dan tidak mahu membantu mereka dari segi kewangan.

Pogba memberitahu bahawa dia tak pernah kedekut membantu rakan rakan dan saudara maranya yang kesempitan. Namun Pogba mulai menjauhkan diri daripada kumpulan rakan rakannya itu selepas salah seorang daripada mereka telah mengkhianati kepercayaan Pogba.

Kejadian itu berlaku ketika dia membawa salah seorang rakannya tinggal di rumahnya di Manchester. Namun rakannya itu telah mencuri kad kredit dari dompetnya dan membelanjakan sehingga €200,000. Manalah Pogba tidak marah dan menghalau rakannya itu.

Mungkin sebab itulah dia menjadi tidak disenangi oleh kawan kawannya yang lain yang tak tahu pangkal cerita. Menganggap Pogba dengan saja saja menghalau rakan mereka itu.