Pemain import Melaka United, Patrick Reichelt telah dipilih dalam senarai 23 pemain akhir skuad kebangsaan Filipina bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan ini.

Filipina yang berada dalam kumpulan A bersama China, Syria, Maldives dan Guam bakal membuka kempen mereka menentang Syria pada 5 September dan Guam pada 10 September 2019.

Daripada 23 pemain yang dipanggil, 12 daripadanya beraksi dalam saingan Liga Thailand. Malah, mereka juga diperkuatkan oleh 3 pemain yang berpengkalan di eropah. Seorang lagi pemain dari Liga Malaysia yang dipilih sertai skuad Azkals ialah Amani Aguinaldo yang beraksi dengan pasukan PKNP FC.

Filipina
Sumber Gambar: ABS-CBN News

Skuad yang diketuai oleh Stephan Schrock itu bakal mempertaruhkan gadingan bekas pemain import Sarawak, Mark Hartmann dan bekas pemain Buriram United, Javier Patino di posisi serangan.

Selepas ketiadaan Steven Goran Eriksson, jurulatih dari Serbia, Goran Milojevic dilantik sebagai pengendali baharu skuad Azkals dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Milojevic pernah melatih pasukan Yugoslavia dalam saingan Piala Dunia 1990 di Itali dan mempunyai pengalaman membimbing beberapa kelab di Sepanyol, Serbia dan Mexico.

BARISAN 23 PEMAIN SKUAD KEBANGSAAN FILIPINA 

Penjaga Gol: Patrick Phillip Deyto (Suphanburi FC, Thailand), Michael Aksel Falkesgaard (Bangkok United, Thailand), Kevin Ray Hansen (HB Køge, Denmark)

Pertahanan: Amani Manuel Aguinaldo (PKNP FC, Malaysia), Mikel Justin Baas (AZ Alkmaar, Belanda), Marco Alessandro Casambre (Chainat Hornbill, Thailand), Carlos Alberto De Murga (Ceres Negros FC), Sean Patrick Kane (Ceres Negros FC), Daisuke Sato (Muangthong United, Thailand), Alvaro Silva (Suphanburi FC, Thailand), Martin Markus Steuble (Port FC, Thailand)

Tengah: Yrick Gallantes (Fairydean Rovers FC, Skotlandia), Angel Guirado (Chonburi FC, Thailand), Kevin Ingreso (Buriram United, Thailand), Manuel Ott (Ratchaburi Mitr Phol FC, Thailand), Mike Rigoberto Ott (Ceres Negros FC), Iain Ramsay (Sukhothai FC, Thailand), Stephan Markus Schrock (Ceres Negros FC), John-Patrick Strauss (FC Erzgebrige Aue, Jerman)

Penyerang: Mark Andrew Hartmann (Nakhonratchasima Mazda FC, Thailand), Javier Patino (Ratchaburi Mitr Phol FC, Thailand), Jose Elmer Porteria (Ceres Negros FC), Patrick Reichelt (Melaka United, Malaysia)

Terlepas membaca perkembangan bola sepak Filipina? klik pautan dibawah:

Pemain Kacukan Malaysia-Filipina Berusia 17 Tahun, Tandatangan Kontrak Profesional Bersama Global Makati FC

PFF Cuba Bawa Pemain U21 AZ Alkmaar Sertai Skuad Kebangsaan Filipina

13 Pemain Filipina Kini Beraksi Dalam Saingan Thai League 1