Semua pasukan Liga Malaysia digesa untuk melengkapkan proses dokumentasi permohonan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi menghadapi musim 2020.

Perkara ini disuarakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dimana beliau berkata pasukan Liga Super dan Perdana perlu mengemukakan dokumen berkaitan permohonan lesen sekurang-kurangnya sebelum tarikh tutup iaitu 31 Ogos ini.

Stuart Ramalingam
Sumber Gambar: mStar

Stuart berkata: “Tarikh tutup sememangnya pada hujung bulan namun jika semua dokumen dapat dihantar lebih awal, ini memberi peluang kepada unit pelesenan FAM membuat semakan menyeluruh.

“Jadi, kalau ada kesilapan di mana-mana ataupun ada dokumen yang tidak lengkap, kita masih ada masa untuk memaklumkan kepada semua pasukan bagi membuat pembetulan. Ini dapat mengelak daripada sebarang masalah berlaku selepas permohonan ditutup,” kata Stuart menurut laporan Berita Harian.

stuart-ramalingam-subkhiddin-salleh
Sumber Gambar: FAM

Tambah Stuart, pihaknya turut mengadakan bekerjasama dengan setiap pengurusan khususnya pengurusan yang baharu bertukar mengenai proses yang perlu dilakukan.

Sebagai rekod, sebelas daripada 12 pasukan yang bertanding pada Liga Super tahun lalu lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Kedah, Selangor, Johor Darul Ta’zim, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Melaka United dan PKNS FC lulus dalam mendapatkan lesen kebangsaan manakala Kuala Lumpur, Pahang dan PKNP FC juga berjaya mendapatkan lesen kebangsaan tetapi dengan bersyarat.

Khyril Muhymeen
Sumber Gambar: FA Selangor

Selain itu, Kedah, Selangor, JDT, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Melaka United dan PKNS turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada pertandingan peringkat Asia.

Beberapa kriteria perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen kelab membabitkan enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran kakita ngan, perun dangan, kewangan dan perniagaan.