Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil pendekatan tegas dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pasukan yang mengikut peraturan dalam pelan strategik 50 tahun yang akan bermula pada tahun 2021 nanti.

Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata langkah tersebut diambil untuk memastikan setiap pasukan dalam Liga Malaysia dapat bersaing dan bersedia daripada pelbagai segi seperti kewangan dan pelan pembangunan jangka panjang.

photo_2019-07-15_18-39-22
FOTO: MFL

“Setiap pasukan perlu disiplin jika mahu memastikan kelangsungan skuad mereka dalam tempoh jangka panjang sesuai dengan tujuan perangkaan pelan strategik ini.

“Mereka juga perlu berubah kepada penswastaan bagi mengelakkan bola sepak bebas daripada sebarang pe­ngaruh politik selain bergantung kepada kewangan kerajaan ne­geri.

“Selepas ini, MFL tidak lagi melayan sebarang isu membabitkan masalah dalaman pasukan sebaliknya mereka (pasukan) perlu berdisiplin untuk terus maju ke depan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Tambah Tunku Ismail, pelan yang turut mendapat kerjasama daripada pengendali Liga Sepanyol dan Liga Jepun bakal memberikan sisi baharu dalam pembangunan bola sepak Malaysia.

“Justeru, kerjasama daripada semua pasukan amat diperlukan bagi memastikan liga Malaysia terus berkembang. Tidak guna sekiranya visi ini ditetapkan namun pasukan tidak dapat memainkan peranan masing-ma­sing,” ujarnya.

Sebelum ini, MFL melancarkan melancarkan ‘blueprint’ pelan strategik selama 50 tahun yang bakal memacu Liga Malaysia (Liga M) ke tahap lebih maju dan berdaya saing.