Pasukan yang gagal untuk melunaskan tunggakan gaji tidak dibenarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana musim hadapan.

Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dimana First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM juga akan meneliti status kewangan kesemua 24 pasukan sebelum badan induk itu dapat mengeluarkan lesen kebangsaan.

Tidak Dibenarkan
Sumber Gambar: FAM

“Kebiasaannya tindakan adalah daripada FAM sendiri, namun ia akan memberi kesan kepada proses pelesenan sesebuah pasukan pada musim hadapan.

“Sekiranya sesebuah pasukan itu masih ada hutang yang belum diselesaikan pada tahun ini, ia akan beri kesukaran kepada mereka untuk mendapatkan lesen kebangsaan pada tahun hadapan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Seperti lazimnya, isu tunggakan gaji kembali melanda pasukan Liga Malaysia dimana Kedah dan Kelantan sedang berdepan dengan isu kewangan yang serius dan boleh mengancam masa depan mereka dalam saingan liga.

Ahad lalu, FAM mengambil tindakan tegas dengan melaksanakan pemotongan tiga mata ke atas Kelantan dalam saingan Liga Perdana ekoran kegagalan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) Muncul Sebagai Penerima Anugerah Ahli Emas Pertama Piagam SupaRimau FAM

Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020

Bekas Pemain Pertahanan Terengganu FC Disahkan Positif COVID-19