Berita baik bagi kem skuad kebangsaan apabila barisan pemain dan pegawai pasukan bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang baki aksi peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana suntikan vaksin mungkin diberikan kepada pemain dan pegawai pada 19 April ini.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebelum ini tidak memberi jaminan buat pasukan negara untuk mendapatkan suntikan sebelum berlepas ke Timur Tengah.

Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menegaskan suntikan vaksin perlu bagi skuad Harimau Malaya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa menghadapi perlawanan peringkat kelayakan.

Pasukan negara dijangka berlepas ke Bahrain puntuk mengharungi dua aksi persahabatan sebelum ke Dubai, UAE bagi menyambung kembali kempen kelayakan tergendala sejak awal tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Vaksin Untuk Elakkan Kluster Harimau Malaya

Pemain Dan Jurulatih Asing Tidak Dibenarkan Dalam Saingan Liga M3 2021

Teguran Khalid Ali Mengenai Pemakaian Seluar Jeans Lusuh Ada Benarnya