Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan pasukan negara akan mengumpulkan pemain lebih awal iaitu pada bulan September menjelang perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pemain dikumpulkan lebih awal bagi memastikan mereka dapat memantapkan persefahaman antara satu sama lain.

Pasukan Negara
Sumber Gambar: FAM

“Cadangan sesi latihan September depan merupakan salah satu inisiatif yang bagus untuk memastikan kecergasan permainan dalam kalangan pemain negara.

“Kami akan membuat panggilan kebangsaan awal sedikit bagi memastikan pemain kebangsaan mempunyai masa untuk bersama,” kata Datuk Hamidin menurut laporan Stadium Astro.

Pada masa yang sama, Datuk Hamidin turut memberi bayangan pasukan negara akan mengharungi perlawanan pemanas badan menentang Bahrain sebelum berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pasukan Negara
Aksi Syafiq Ahmad dan Corbin Ong dalam perlawanan bertemu UAE.

“Dengan itu, kami boleh mengharungi salah satu perlawanan persahabatan seperti yang dicadangkan, antaranya menentang Bahrain di tempat lawan sebelum kami berdepan UAE,” tambahnya.

Selain itu, pasukan negara tidak akan terlibat dalam jadual kalendar FIFA pada 31 Ogos hingga 8 September, yang mana keputusan tersebut diambil kerana program skuad kebangsaan yang dirancang FAM Oktober depan tampak singkat dan padat.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Harry Edge Sedia Untuk Beraksi Bersama Skuad Harimau Malaya

FAM Dapat Surat Kelulusan Daripada FIFA, Liridon Krasniqi Kini Layak Sarung Jersi Harimau Malaya

Brendan Gan Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Menewaskan UAE