Persiapan skuad bola sepak Malaysia ke Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung bulan hadapan, berdepan dengan isu beberapa pasukan dari Liga Super yang dilaporkan enggan melepaskan pemain mereka.

Berdasarkan maklumat yang diterima, pemain-pemain sebenarnya tidak mempunyai masalah dan mahu turun beraksi untuk skuad negara pada kejohanan itu, namun mereka kelihatan terpaksa akur kepada keputusan pihak pengurusan pasukan masing-masing samada mahu memberikan kebenaran atau tidak.

Undian Semula Pasukan Di Peringkat Kumpulan

Pasukan Malaysia yang sebelum ini telah diundi bersama Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam kumpulan E, tetapi undian peringkat kumpulan akan dilakukan semula oleh AFC dalam masa terdekat.

Undian semua itu dilakukan semula kerana UAE dan Palestin’tercicir’ pada undian asal serta keputusan pasukan India untuk menyertai kejohanan ini pada minit akhir.

Datuk Ong Kim Swee menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan Malaysia akan berada dalam kumpulan yang sama dengan pasukan China atau Arab Saudi jika undian semula diadakan.

Berkenaan dengan perlawanan persahabatan yang dijadualkan di China, beliau menjelaskan bahawa perlawanan itu akan diteruskan dan tidak akan dibatalkan. Ini adalah kerana semua persiapan telah disusun seperti permohonan visa dan logistik.

Selain itu, ia juga berkait rapat dengan hak penyiaran TV di China kerana perlawanan itu akan disiarkan secara langsung dan tiada pilihan selain meneruskan perlawanan itu.

Sumber