Suasana perpindahan pemain Liga Malaysia semakin meriah dimana pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super dikhabarkan sedang memburu khidmat pemain yang pernah beraksi di Eropah, David Azin.

Sebuah pasukan dari selatan tanah air dikhabarkan berminat untuk menandatangani David yang boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan dan pemain box to box untuk memperkuatkan pasukan menjelang saingan musim 2020.

Sebelum ini, David mempunyai pengalaman luas apabila pernah beraksi di beberapa liga di rantau Eropah seperti Sepanyok Segunda B, divisyen 2 liga Portugal dan Sweden serta liga Finland. Pemain berusia 29 tahun ini dilahirkan di Jerman namun beliau memilih untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan Armenia Barat.

Menurut pemain tersebut, beliau menyuarakan minat untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia setelah mendapat beberapa input dari bekas pemain import Melaka United, Liridon Krasniqi dan pemain Kedah, Edgar Bernhardt.

Pengalaman luas yang dimiliki oleh David Azin dilihat mampu untuk memperkukuhkan pasukan khususnya di bahagian tengah.

Baca artikel lain mengenai berita perpindahan pemain di sini:

Pemain Sayap Singapura, Faris Ramli Sah Sertai Terengganu FC

Selangor Destinasi Baharu Brendan Gan?

Ilija Spasojevic Diminati Klub Malaysia?

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group