Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam menjelaskan pengendali Liga Malaysia itu akan melunaskan bayaran hak penyiaran kepada semua pasukan Liga Super dan Liga Premier sebanyak dua kali iaitu pada 15 Julai dan 15 Ogos depan.

Katanya, nilai hak penyiaran itu tetap dibayar sama seperti musim lalu di mana spasukan Liga Super akan menerima RM3 juta manakala pasukan Liga Premier pula menerima bayaran sebanyak RM1 juta.

Geran tahunan dan hak penyiaran adalah dua perkara yang berbeza

Kevin turut mengambil kesempatan menjelaskan perbezaan geran tahunan dan hak penyiaran yang masih menjadi kekeliruan dalam kalangan media serta penyokong bola sepak tempatan.

“Untuk menjelaskan berkenaan isu ‘geran’ yang selalu ditanya-tanya oleh media, saya mahu mengambil kesempatan untuk membetulkan penggunaan perkataan sebenar adalah hak penyiaran, bukannya geran.

“Oleh sebab itu angka (hak penyiaran) melonjak jauh lebih besar daripada geran yang diberikan pada waktu dahulu.

“Perkongsian hak penyiaran ini penting oleh kerana hak penyiaran semakin naik pada masa akan datang. Jadi pendapatan pasukan turut melonjak naik dalam waktu yang sama.

Pengadil

Sumber Gambar: MFL

“Untuk menjelaskan isu yang berkait (kelewatan pembayaran hak penyiaran bagi) musim 2019, hak siaran tetap akan diberikan kepada pasukan-pasukan sama seperti tahun lepas iaitu RM3 juta (pasukan Liga Super) dan RM1 juta (pasukan Liga Premier).

“Jadi perkongsian (hak penyiaran) yang baharu ni akan lebih komited dan cuba untuk memastikan bahawa agihan pertama yang tidak kurang daripada keseluruhan hak penyiaran akan diagihkan sebelum 15 Julai depan.

“Selebih (baki hak penyiaran) akan diselesaikan pada 15 Ogos depan. Itu adalah komitmen MFL untuk menjelaskan hak penyiaran walaupun sebelum ini belum diterima oleh kerana MFL tidak ada penyiar rasmi yang sebelum ini Telekom Malaysia (yang menjadi penaja Liga Malaysia).

“Itulah sebab kelewatannya tetapi MFL tidak mahu mencari alasan sebaliknya lebih berminat untuk mencari jalan penyelesaian. Dengan adanya penyelesaian sekarang MFL lebih yakin untuk membayar hak penyiaran pada tarikh yang dimaklumkan.

Hari ini MFL mengumumkan kemasukan rakan kongsi baharu Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC) dalam penstrukturan hak penyiaran Liga Malaysia bermula musim 2020 pada sidang akhbar di Hotel Thistle, Johor Bahru.

Menerusi penstrukturan semula Liga Malaysia ini menyaksikan hak penyiaran Liga Malaysia secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group