Bekas penyerang kelab Thai League 3, Angthong FC iaitu Zafuan Azeman mendedahkan sebuah pasukan Lembah Klang berminat untuk mengambil khidmatnya.

Zafuan pulang ke Malaysia setelah kontrak beliau bersama Angthong terpaksa ditamatkan ekoran pandemik COCID-19 yang menyebabkan aksi liga terpaksa dihentikan buat sementara waktu sekaligus memberi kesan terhadap kewangan pasukan.

Lembah Klang
Sumber Gambar: Angthong FC

Ketika ditemubual Vocket FC, Zafuan menyatakan beliau ada mengadakan perbincangan dengan sebuah pasukan Lembah Klang, namun tidak ada kata putus sehingga saat ini.

“Ada pasukan dari Lembah Klang menghubungi saya. Namun saya tidak boleh dedahkan pasukan mana. Kami ada mengadakan perbincangan tetapi tidak boleh mendapatkan kata putus kerana Liga Malaysia masih lagi dihentikan. Jadi mereka mengambil keputusan untuk tunggu dahulu,” kata Zafuan.

Zafuan merupakan tiga pemain Malaysia yang beraksi dalam saingan Thai League musim ini. Setelah beliau kembali ke tanah air, kini hanya Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United) dan Dominic Tan (Police Tero) yang kekal beraksi di sana.

Baca artikel lain mengenai Zafuan Azeman di sini:

Nasihat Zafuan Azeman Kepada Pemain Malaysia Yang Mahu Beraksi Di Thai League

Kelab Thai League 3 Sah Tamatkan Kontrak Zafuan Azeman, Angthong FC ‘Lumpuh’ Akibat COVID-19

EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Kongsi Perkembangan Beraksi Dalam Saingan Thai League 3