Sejak awal bulan September 2019, skuad kebangsaan Kemboja dengan bantuan dari Honda Keisuke telah berjaya mendapatkan khidmat jurulatih pakar pelari pecut Jepun untuk membantu pemain-pemain Kemboja mempertingkatkan keupayaan larian mereka.

Bekas pelari pecut Jepun, Akimoto Shingo telah dipanggil untuk hadir membantu pasukan Kemboja bersama beberapa pembantu lain dari Jepun dalam persiapan skuad Kemboja bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

shingo akimoto
Menunjukkan cara larian yang betul untuk impak yang maksima.

Menurut Akimoto Shingo, beliau mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada Honda Keisuke atas peluang dan cabaran yang diberikan untuknya mempertingkatkan prestasi pemain-pemain skuad kebangsaan Kemboja terutama dalam teknik larian.

Beliau dikehendaki memberikan latihan serta tunjuk ajar kepada 10 orang pemain kebangsaan Kemboja untuk membantu mereka menjelang perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia awal bulan ini.

9 daripadanya berjaya memperbaharui rekod peribadi masing-masing selepas mengikuti teknik yang diturunkan oleh Akimoto Shingo.

Screenshot 2019-09-13 at 2.01.37 AM

Berdasarkan tinjauan di laman web Akimoto Shingo, beliau mula menjadi jurulatih larian pecut sejak tahun 2013 lagi dan sejak itu telah melatih ramai atlet dari pelbagai jenis sukan seperti;

  • Bola Sepak (J.League): 71 pemain dari 20 buah kelab
  • Baseball: 135 pemain
  • Ragbi
  • American Football

Dalam 2 perlawanan pertama Kemboja, mereka telah seri 1-1 bertemu Hong Kong dan tewas tipis 0-1 di tangan Bahrain. Untuk makluman juga Kemboja kini berada di kedudukan ke 170 ranking FIFA manakala Hong Kong dan Bahrain masing-masing di kedudukan 139 dan 109.

Bola sepak Kemboja sedang berkembang pesat sejak Honda Keisuke mula berada dalam barisan pengurusan pasukan dan sedia menggunakan apa sahaja sumber yang mampu diperolehi bagi mempertingkatkan prestasi pasukan kebangsaan Kemboja.

Baca lagi artikel menarik mengenai bola sepak Kemboja dibawah.

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja

Saksikan Video Padu Bagaimana Honda Keisuke ‘Merasuk’ Semangat Pemain Kebangsaan Kemboja

Reaksi Keisuke Honda Selepas Kemboja Kalah Kepada Malaysia