Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) mengesahkan mereka kini dikuarantin sehingga terlepas 5 perlawanan Liga Super mengikut jadual asal.

Keputusan untuk menunda perlawanan itu dibuat selepas mendapati beberapa pemain serta pegawai daripada KDA telah dikesan positif wabak COVID-19 menerusi ujian PCR sebelum perlawanan menentang Penang minggu lalu.

Berdasarkan kenyataan di laman rasmi KDA FC, lima penangguhan membabitkan skuad Hijau Kuning bermula dengan perlawanan menentang Penang FC pada 24 Julai, diikuti PJ City FC, UiTM FC, Sri Pahang FC dan Selangor FC.

228394645_242491734378851_1827600670064906360_n

“Jika semuanya berjalan lancar dan dibenarkan untuk beraksi, pasukan Hijau Kuning akan memulakan perlawanan dengan bertandang ke pantai timur bagi bertemu Terengganu FC (LS19) pada 14 Ogos 2021.

“Namun, segala perubahan dan pindaan jadual adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL kelak,” tulis kenyataan rasmi.

Terdapat juga kemungkinan Kedah akan kembali beraksi lebih awal apabila pengelola liga, Malaysia Football League (MFL) telah membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar hanya pegawai dan pemain yang positif COVID-19 sahaja dikuarantin.

“Permohonan untuk mengkaji semula Prosedur Standard Operasi (SOP) Penganjuran Liga Malaysia telah dihantar melalui KBS untuk pertimbangan KKM dan MKN.

“MFL telah mengusulkan agar hanya pegawai dan pemain yang positif COVID-19 sahaja dikuarantin manakala pegawai dan pemain yang disahkan negatif dibenarkan untuk berlatih dalam pada yang sama meneruskan perlawanan liga seperti yang dijadualkan.

“Sekiranya permohonan ini diterima, pihak MFL boleh menilai semula penundaan jadual KDA ini. Maka ketika ini kami akan menunggu keputusan permohonan itu sebelum mengumumkan jadual baharu pindaan perlawanan melibatkan dua pasukan berkenaan.

“Saya percaya pihak MKN dan KKM dapat memberikan pertimbangan sewajarnya permohonan itu memandangkan kes yang berlaku setakat ini adalah kecil dan berjaya dikawal dengan ujian pengesanan awal dan SOP ketat Gelembung Sukan bagi Liga Malaysia.

“Jika kita melihat kepada penganjuran liga bola sepak di luar negara seperti di EPL England, LaLiga Sepanyol, Serie A Itali serta baru-baru ini di Euro 2020 dan kejohanan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kuarantin hanya dikenakan kepada pemain yang positif sahaja manakala pemain lain dibenarkan untuk meneruskan latihan dan bermain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

‘Badi’ Seri Sudah Melekat Pada Pasukan Sri Pahang

Perlawanan Melibatkan KDA Dan Kuching City Ditunda Ke Tarikh Baharu

Liga Super 2021: Kebangkitan Babak Kedua Beri Kemenangan Buat JDT Atasi UiTM FC

Liga Super 2021: Terengganu Berpesta, Belasah Perak Di Gong Badak

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group