Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seramai 72 pemain termasuk beberapa nama besar dalam bola sepak Iraq telah digantung daripada beraksi bersama pasukan kebangsaan Iraq di pentas antarabangsa apabila mereka terlibat dengan skandal penipuan umur.

Pemalsuan sijil kelahiran bukanlah satu perkara asing dalam arena bola sepak negara tersebut namun kejadian yang berlaku baru-baru ini menandakan krisis penipuan umur gagal untuk menemui jalan penyelesaian apatah lagi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 akan bermula tidak lama lagi.

Menurut pendedahan oleh Hassanin Mubarak, Suruhanjaya Integriti mengarahkan pasukan kebangsaan Iraq untuk menggantung 72 pemain yang disyaki terlibat dengan skandal penipuan umur.

Ali Adnan Khadimi

Sumber Gambar: Pro Soccer USA

Antara pemain yang terlibat dalam skandal tersebut ialah pemain muda yang sedang meningkat naik, Mohanad Ali, pemain yang beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS), Ali Adnan Khadim, pemain berusia 21 tahun yang juga penjaring kedua terbanyak dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2019, Alaa Abbas.

Selain bakal turun tanpa beberapa tonggak utama dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, Iraq turut berdepan risiko kehilangan khidmat ketua jurulatih pasukan, Srecko Katanec yang dikhabarkan enggan untuk melanjutkan kontrak.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group