Pemergian Lionel Messi dari Barcelona sudah pastinya memberikan impak dari segi kesukanan dan juga publisiti.

Dan Marca melaporkan bahawa, pasca era Messi, Barcelona berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan tajaan yang besar seperti yang mereka harapkan.

Barcelona terpaksa melepaskan Lionel Messi kerana isu hutang yang terlalu tinggi. Dan pemain itu rasminya menyertai PSG.

skysports-lionel-messi-psg_5474526

Brand Finance melaporkan bahawa nilai jenama kelab tersebut merosok sebanyak 11% sebaik sahaja mereka mengumumkan Lionel Messi tidak lagi menjadi pemain mereka.

Sebelum ini, Barcelona menarik penaja dengan menggunakan imej Lionel Messi sebagai kuasa tarikan utama.

Pasca Messi

Marc Ciria, Pengurus Diagonal Iversiones berkata: “Mulai hari ini, dalam usaha mengekalkan para penaja, prestasi pasukan di atas padang lebih penting berbanding dengan nama pasukan mereka.”

“Jelas sekali, pemergian Messi memberikan impak kepada kelab dari segi tajaan. Sekarang mereka perlu memenangi beberapa UCL [untuk menyamai reputasi mereka di mata penaja sama pada era Messi].”

“Prestasi secara kesukanan mereka akan menjadi tunjang utama untuk memastikan penaja tak lari.”

“Messi telah memberikan mereka cerita tersendiri, dan sekarang mereka perlu meneruskan perjalanan tanpanya.”

“Selain itu, mereka harus berusaha menaikkan nama pemain dari La Masia seperti Ansu Fati, walaupun mereka mungkin tidak mencapai tahap Messi.”

Agak ironi kerana kelab Catalan melepaskan Messi atas faktor dan desakan kewangan. Dan sekarang mereka berdepan dengan kesukaran yang berkaitan dengan usaha menambahkan lagi dana menerusi tajaan. Sama ada untuk mendapatkan penaja baru ataupun mendapat tajaan baru yang lebih besar daripada penaja sedia ada.

messi g

Dilaporkan Lionel Messi adalah imej yang bertanggungjawab memberikan satu pertiga daripada pendapatan secara tak langsung. Di mana Messi dilaporkan memberikan nilai tambahan tajaan sehingga €180 juta setahun.

Kajian itu dibuat berdasarkan keupayaan imej Messi yang digunakan Barcelona dalam mendekati penaja dan membuatkan penaja berebut untuk menaja mereka dan memberikan tajaan lebih besar untuk memenangi kontrak.

Ciria juga mendedahkan ada beberapa kontrak tajaan terkandung klausa Messi. Di mana penaja penaja ini akan membayar tajaan lebih rendah pada kontrak mereka jika tidak ada Messi dalam Barcelona.

Misalnya produk minuman rasmi, mereka pastinya mahu Messi memegang botol minuman mereka berbanding dengan pemain lain.

Messi bukan sahaja imej publisiti malah dia memberikan imej kesukanan luar biasa selakun pemain yang sentiasa tampil hebat. Memenangi enam Ballon d’Or sudah cukup menggambarkan kehebatan itu.

Rakuten

Rakuten merupakan penaja depan jersi Barcelona. Kontrak semasa berakhir pada 2022. Syarikat perniagaan e dagang Jepun itu antara syarikat pertama yang mengadakan perbincangan tentang kontrak baru selepas ketiadaan Messi.

Rakuten membayar Barcelona €30 juta semusim dan ditambah dengan insentif khas. Barcelona sebelum ini dalam usaha melobi Rakuten memberikan tajaan jauh lebih besar daripada tajaan semasa untuk membantu kelab keluar daripada impak pandemik yang membuatkan mereka menanggung hutang sangat tinggi.

Ciria berpendapat, Rakuten akan mempertimbangkan semula tajaan mereka dari segi nilai tajaan dengan tiadanya imej Messi digunakan.

Nike

Seterusnya Nike. Pengeluar barangan sukan ternama itu merupakan pembuat jersi mereka. Masih belum ada kesepakatan baharu dicapai dengan Nike.

Sebelum ini Nike menangguhkan dahulu rundingan dengan Barcelona, selepas kelab itu meminta angka yang jauh lebih besar daripada tawaran mereka. Pada musim lalu, Barcelona dilaporkan memberikan Nike tempoh sehingga Oktober ini, untuk memutuskan bahawa mereka mahu atau tidak menjadi penaja jersi Barcelona selepas Julai 2022.

Ketika Barcelona memberikan ‘deadline’ itu, Messi masih lagi pemain mereka dan Barcelona berkali kali memberikan jaminan bahawa pemain itu akan kekal di Barcelona sehingga tamat kariernya.

Nike dan Rakuten malah dilaporkan meminta semula pulangan wang tajaan yang berkaitan dengan imej Messi. Kerana secara teknikalnya, Barcelona melanggar syarat perjanjian.

https://twitter.com/LIGIFootball/status/1423643460540813317

Messi itu sendiri satu jenama

Penasihat Perkhidmatan Sukan di Brand Finance, Ben Baigire menjelaskan apakah kesan pemergian Messi ini kepada Barca. Beliau menyatakan bahawa, Messi itu sendiri satu jenama yang sangat besar dan kuat.

“Tak perlu diperkenalkan lagi, Messi adalah bintang besar di peringkat global. Ada beberapa aspek penting di mana pemain Argentina ini membantu Barcelona menjana nilai mereka.”

“Pertamanya, nilai komersial; Messi merupakan atlet yang sangat kuat tarikannya kepada penaja koporat. Kehadirannya di kelab, tanpa keraguan, membantu Barcelona membawa pulang tajaan yang lebih lumaya.”

“Messi ada 240 juta pengikut di Instagram, lebih dua kali ganda daripada akaun rasmi Barcelona [99.5 juta]. Ianya satu data yang menunjukkan populariti dan nilai yang dia boleh bawakan kepada mana mana pasukan hanya dengan popularitinya sahaja.”

“Nilai jenama mereka kini berisiko kehilangan €77 juta berkaitan dengan nilai komersial selepas ini.”

“Keduanya, prestasi atas padang dan hari perlawanan: Ramai yang tidak boleh meramalkan prestasi Barcelona selepas pemergian Messi. Namun dia memberikan impak yang sangat besar kepada prestasi pasukan dalam beberapa musim ini menerusi prestasi individunya. Messi menjaringkan lebih 30 gol semusim sejak 2008/09 dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman.”

“Barcelona masih ada beberapa nama bintang dalam pasukan mereka, namun akan mengambil masa untuk mendapatkan prestasi teerbaik mereka tanpa bintang utama mereka. Ketiadaan Messi di atas padang boleh membuatkan kelab kehilangan €17 juta dari segi nilai jenama.”

“Ketiganya, penjualan jersi dan cenderamata: Ketika kamu berjalan di mana mana tempat di seluruh dunia, kamu akan dapat melihat orang memakai jersi ikonik no.10 Messi.”

“Penjualan jersi Messi dilaporkan bernilai €200 juta. Di mana kelab mendapat bahagian sekitar 10-15% [sekitar €30] juta hanya menerusi bonus penjualan jersi Messi. Pembuat jersi Nike menikmati keuntungan berlipat ganda daripada penjualan jersi Messi.”

“Pemergian Messi akan membuatkan Nike kehilangan sekitar €200 juta daripada penjualan jersi Barcelona dengan nama Messi. Barcelona juga akan mengalami susut nilai jenama €43 juta lagi.”

Poster boy

Bukan mudah untuk mencari poster boy yang baru menggantikan Lionel Messi. Barcelona perlu memilih pemain yang terbaik untuk memakai jersi no.10 yang kerap menjadi simbol utama bintang Barcelona.
Ciria menambah: “Sebelum ini, imej utama Barcelona ialah Messi dalam usaha mereka berunding dengan penaja.”

“Sekarang ini, Barcelona perlu menggunakan namanya sendiri. Barcelona cuba sedaya upaya menggunakan imej Depay untuk jangka masa pendek [sebagai poster boy].”

“Jika jersi Messi dijual 8 daripada 10 jersi Barcelona, perbandingannya, jika mereka berjaya menjual 5 daripada 10 jersi Barca dengan nama Depay – itu sudah dianggap terbaik dalam usaha mereka mengurangkan impak hilang bonus.”

Sebelum ini, Nike memberikan Barcelona bonus sekitar €20-30 juta semusim hasil penjualan jersi. Dan faktor Messi sangat dominan. Ciria menjangkakan Barcelona akan merasai penurunan 30% daripada bonus tersebut.

Sebagai tambahan, pembelian jersi akan menjadi milik Nike sepenuhnya, dan Nike akan memberikan bonus atas jualan sebagai penghargaan jika jersi mereka terjual jauh lebih banyak daripada sasaran mereka.

Menurut penganalisis Brand Finance, nilai semasa Barcelona merosot sebanyak €137 juta sebaik sahaja mereka kehilangan Messi.

Ini adalah masa yang sangat mencabar untuk Barcelona mengekalkan imej mereka di mata penaja. Tidak pasti berapa lama impak ini akan berlarutan.

Baca juga artikel

Messi Sertai PSG Kerana Visi Kelab Sesuai Cita Citanya

TERKINI: Messi Setuju Sertai PSG, Gaji RM2.86 Juta Seminggu

Tanpa Berselindung, Bayern Akui Berminat Dengan Haaland