Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas pemain tengah Manchester United, Park Ji-sung dengan ikhlas merayu agar peminat Man United menghentikan nyanyian tentang namanya yang dianggapnya menyinggung perasaan orang Korea Selatan.

Park Ji Sung bermain untuk United selama 7 musim dari 2005 sehingga 2012. Tampil dalam 205 penampilan bersama dengan Red Devils.

Beliau memenangi 4 EPL dan 1 UCL bersama dengan United di samping beberapa piala domestik dan piala lain.

Peminat Red Devils juga mempunyai nyanyian khas untuk Park. Namun, Park Ji Sung mendapati bahawa ramai orang Korea Selatan tidak senang dengan liriknya kerana menyebut bahawa orang Korea memakan daging anjing.

Lirik tersebut berbunyi:

Park, Park, wherever you may be,
You eat dogs in your country,
It could be worse,
You could be scouse,
Eating rats in your council house…

Ianya sangat sensitif dan menyinggung perasaan mereka. Park Ji Sung menyatakan perkara itu ketika dia mendengar chant yang sama digunakan oleh peminat United ketika Wolves mengumumkan kedatangan Hwang Hee Chan.

Park berkata: “Saya dengan ikhlas meminta maaf kepadanya [Hwang Hee-chan kerana mendengar nyanyian itu,” kata Park Ji-sung.

“Saya tahu bahawa peminat United tidak bermaksud menyinggung perasaannya kerana lagu itu. Namun, saya masih harus bertanggungjawab menyedarkan para peminat untuk menghentikan bait lagu [memakan daging anjing], yang biasanya menjadi penghinaan kaum terhadap orang Korea hari ini.”

“Kata-kata itu sangat tidak selesa bagi orang Korea, dan saya sangat kasihan dengan pemain muda yang mendengar lagu seperti itu,” kata Park.

“Di Korea, keadaan telah berubah. Memang benar bahawa secara sejarahnya nenek moyang kami dahulu memakan daging anjing, tetapi akhir-akhir ini, terutama generasi muda, mereka sangat membencinya. Budaya telah berubah,” lanjutnya.

“Saya benar-benar meminta para peminat untuk berhenti menyanyikan kata itu. Ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang Korea ketika mereka mendengar lagu itu. Sudah waktunya untuk berhenti.” katanya.

Baca juga artikel

Guardiola Tuduh Pengadil Selalu Memihak Liverpool Dan Man United Ketika Kunjungan City

EPL: Liverpool City Terikat Dalam Aksi Sengit, Salah Dan Foden Cemerlang

Turunkan Segala Bintang Yang Ada, PSG Tetap Terkulai Di Tangan Rennes Dengan 0 ‘On Target

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group