Bukan kali pertama ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo mempersoalkan situasi dimana Vietnam tidak memiliki pool pemain dibahagian serangan yang berkualiti, tetapi sehingga kini masalah itu terus menghantui beliau dan barisan kejurulatihan untuk mempersiapkan pasukan.

Park Hang-seo yang lantang dengan isu tersebut lantaran tidak mempunyai pilihan bagi menyusun barisan depan skuad kebangsaan Vietnam dan ironinya semua pihak mahu pasukan itu mara keperingkat yang lebih jauh.

“Dari 47 orang pemain import dalam saingan V.League, 70% daripadanya adalah pemain diposisi serangan. Dalam keadaan begini, bagaimana untuk mencari penyerang tempatan terutamanya pemain muda?”

Bagi Park Hang-seo, untuk pemain muda mendapat lebih peluang dan terpilih ke skuad kebangsaan, dia percaya bahawa adalah menjadi satu keperluan untuk mengutamakan pemain bawah 21 tahun dalam saingan V.League.

Namun, cadangan dari seorang ketua jurulatih skuad kebangsaan yang mahu membawa pasukan negara ke tahap lebih baik  itu nampaknya menerima maklum balas yang berbeza dari kepentingan kelab.

Dilema Untuk Skuad Kebangsaan vs Pencapaian Kelab

Artikel yang disiarkan oleh ZingNews beberapa hari lalu ada menyatakan bahawa kelab-kelab juga memiliki sasaran yang memerlukan pencapaian.

Disebabkan itu, kebanyakkan kelab lebih meletakkan keutamaan pemain asing ini diposisi yang mampu menghasilkan bilangan gol yang lebih tinggi. ‘Memaksa’ kelab menggunakan penyerang domestik atau pemain muda akan menjadikan prestasi kelab menurun.

Tanpa sebarang pencapaian, kelab tidak mampu untuk mengekalkan penajaan mereka, gagal menarik minat prnyokong ke stadium dan sebagainya. Ini adalah antara punca mengapa 70% hingga 80% kelab Vietnam meletakkan penyerang import dalam pasukan.

Park Hang-seo selaku ketua jurulatih kebangsaan perlukan penyerang yang baru dan hebat, tetapi kelab-kelab gagal menyediakan perkara itu dan disebabkan isu begini maklum balas yang keras diterima oleh beliau dari ramai jurulatih-jurulatih tempatan V.League.

Lambakan Penyerang Import Punca Pertahanan Vietnam Kuat?

Ada juga yang melihat dari perspektif dimana, kekuatan pertahanan Vietnam ketika ini adalah berpunca dari kekerapan pemain posisi pertahanan mereka beradu dengan pemain-pemain import dalam saingan tempatan.

Tetapi, ia akan mewujudkan satu situasi yang tidak seimbang diantara barisan hadapan dan dibelakang. Ini adalah masalah utama skuad Vietnam ketika ini.

Apa Perancangan Vietnam Selepas Ini?

General Director VPF iaitu Nguyen Minh Ngoc menjelaskan bahawa 5 tahun lalu mereka melaksanakan peraturan dimana pendaftaran pemain perlu ada sekurang-kurangnya 3 pemain bawah 23 tahun.

Dari situ mereka akhirnya sedar bahawa untuk memudahkan pasukan, kuncinya adalah dengan menambah bilangan perlawanan bola sepak diperingkat kejohanan umur remaja.

Pada tahun 2020, mereka memperkenalkan kejohanan U15 National Cup dan U17 National Cup dan dari 2 kejohanan ini telah menjadikan keseluruhan platform bola sepak lelaki di Vietnam kepada 8 serta mereka merancang untuk menganjurkan kejohanan U9 sebagai platform kejohanan peringkat umur paling rendah.

Mengikut artikel ZingNews, pada tahun 2019,  pemain U17 hanya boleh beraksi dalam 15 perlawanan diperingkat kebangsaan daan selepas platform baharu diperkenalkan mereka berjaya tampil dalam lebih 25 perlawanan dengan hanya menyertai U17 National Cup.

Dinegara yang masih dalam situasi begini, penganjuran liga divisyen lebih rendah secara besar-besaran akan menjadi batu loncatan kepada pemain muda sebelum meneroka peluang bersama pasukan dalam divisyen lebih tinggi.

“Ini juga berkemungkinan punca mengapa VFF meletakkan sasaran 14 buah pasukan bagi setiap divisyen V.League, Divisyen 1 dan Divisyen 2 dalam masa terdekat.”

Teruskan membaca 3 artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.

“Era Kita Seronok Lihat Pemain Jepun Ke Luar Negara Sudah Tamat. Bukan Sekadar Hantar Pemain Ke Eropah.”

Media Jepun Dedahkan Dang Van Lam Sertai Cerezo Osaka, Pemain Vietnam Pertama Dalam J1 League

“Era Kita Seronok Lihat Pemain Jepun Ke Luar Negara Sudah Tamat. Bukan Sekadar Hantar Pemain Ke Eropah.”

Sumber