Setelah membantu Vietnam mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA, ketua jurulatih pasukan iaitu Park Hang-seo mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad B-23 tahun negara itu.

Ini kerana Hang-seo mahu memberikan sepenuh fokus beliau terhadap pasukan senior dan memberikan tugas untuk mengendalikan skuad B-23 tahun kepada seorang lagi jurulatih dari Korea Selatan iaitu Gong Oh-kyun.

Dalam temasya Sukan SEA edisi kali ini, Vietnam tampil cemerlang dibawah kendalian Hang-seo dimana mereka memenangi pingat emas tanpa melepaskan sebarang jaringan, baik ketika saingan peringkat kumpulan atau peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir.

Sejak Hang-seo menguruskan skuad B-23 tahun dari 2017 hingga 2022, Vietnam prestasi cemerlang apabila merekodkan 32 kemenangan, 11 seri dan hanya lima kali kalah sekaligus menjadi pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara.

Pencapaian paling cemerlang ialah ketika saingan AFC B-23 tahun pada 2018 yang berlangsung di China dimana Park Hang-seo membimbing Vietnam mara ke perlawanan akhir namun terpaksa akur dimana mereka tewas kepada Uzbekistan.

Selain itu, Vietnam juga menduduki tangga keempat dalam temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia dimana mereka tewas kepada Korea Selatan di peringkat separuh akhir dan mereka turut tewas di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan penentuan pingat gangsa.

Sebelum ini, Gong Oh-kyun menjadi pembantu kepada Hang-seo dalam skuad B-23 tahun negara itu dimana beliau memulakan tugas sejak awal tahun ini.

Tugas pertama Oh-kyun bersama skuad B-23 tahun ialah saingan AFC B-23 tahun yang akan diadakan di Uzbekistan dimana Vietnam diletakkan dalam kumpulam C bersama Korea Selatan dan dua lagi pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand dan Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

TMJ: Pasukan Hebat Macam Kedah Tak Perlukan Dia, Satu Sumbangan Pun Tiada

Piala AFF Kini Dikenali Sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric

Aksi Persahabatan Antarabangsa Dan Kelayakan Piala Asia 2023 Bakal Disiarkan Di Saluran TV9