Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo tidak mahu memberi tekanan kepada anak-anak buahnya menjelang perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia awal pagi nanti.

Pada sidang media baru-baru ini, jurulatih dari Korea Selatan itu percaya para pemain mampu untuk menampilkan prestasi terbaik sekaligus meraih kemenangan ke atas Malaysia.

Park Hang-seo
Sumber Gambar: Foxsport Asia

Menurut Park, beliau dan staf kejurulatihan yang lain telah berusaha sedaya upaya untuk membantu pemain bagi memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik, baik dari segi mental dan juga fizikal.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah pemain tengah pasukan, Luong Xuan Truong yang mana beliau berpendapat aksi menentang Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah.

Hang-seo
Luong Xuan Truong. Sumber Gambar: Bao Thanh Nien

Menurut Xuan Truong, dia dan rakan sepasukan akan tampil dengan berhati-hati sambil mencari peluang terbaik untuk menyerang kubu pertahanan Malaysia.

Vietnam akan turun tanpa khidmat Nguyen Quang Hai ekoran penggantungan perlawanan dan kekosongan yang ditinggalkan bakal diisi oleh Xuang Truong.

Skuad kendalian Park Hang-seo ketika ini menjadi pendahulu kumpulan G dengan kutipan 14 mata, diikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan 12 mata selain Thailand dan Malaysia dengan 9 mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Dion Johan Cools Sasar Kemenangan Ke Atas Vietnam

5 Jurulatih Piala Dunia Yang Tunduk Kepada Park Hang-seo

Guilherme De Paula Tekad Tampilkan Prestasi Terbaik Menentang Vietnam