Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo menegaskan tiada jurang perbezaan yang besar antara pasukan kendaliannya dan juga Australia.

Vietnam tewas kepada Australia dengan keputusan 1-0 pada aksi kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2022 baru-baru ini dan Hang-seo menegaskan meskipun tewas, namun aksi menentang Socceroos merupakan perlawanan yang baik bagi Vietnam.

“Ini kali pertama Vietnam beraksi dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia dan menghadapi pasukan terbaik di rantau Asia. Para pemain berjaya mengikuti dan melaksanakan taktik yang telah ditetapkan.

“Tahap bola sepak antara kedua-dua pasukan tidak banyak berbeza, tetapi kami kalah dari segi fizikal dan tahap kecergasan. Hanya itu perbezaannya.

“Jika pemain berada di posisi yang betul, maka kami boleh mengelak daripada dibolosi,” kata Park Hang-seo.

Jurulatih dari Korea Selatan itu turut menegaskan pengadil perlawanan membuat keputusan yang betul apabila tidak memberikan sepakan penalti kepada Vietnam setelah memeriksa kejadian yang berlaku menggunakan Video Assistance Referee (VAR).

“Pengadil telah memeriksa inside tersebut menggunakan VAR. Saya rasa dia membuat keputusan yang betul. Mungkin pengadil melihat kejadian itu terlalu lembut dan tidak memberikan sepakan penalti. Kami harus menerima keputusan itu,” tambahnya.

Pada perlawanan seterusnya, Vietnam akan turun berdepan China pada pada 7 Oktober dan Oman pada 12 Oktober dan The Golden Star Warriors wajib meraih kemenangan jika mereka mahu menghidupkan semula peluang untuk mara ke temasya Piala Dunia 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Ali Mabkhout Pecahkan Rekod Lionel Messi Dalam Senarai Penjaring Gol Terbanyak Antarabangsa

Kelayakan Piala Dunia 2022: Vietnam Tewas Kali Kedua, Tunduk Kepada Australia

Zamsaham Bercadang Tingkatkan Pelaburan Untuk Dapatkan Pemain Bintang